NOTA INSAN

Tema Hari Kemerdekaan 2014 ?

on 31 Ogos 2014

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.

Salam tanggal 31 Ogos 2014..

Dengan bertemakan Malaysia... Di sini lahirnya sebuah cinta

Sudah kali ke 57 tahun kita merdeka..

Bebas dari penjajah..

Satu demi satu transformasi berlaku..

Bersyukurkah kita??

Alhamdulillah Kita hidup di Zaman yang tidak perlu berlawan dengan penjajahan..



Tapi.....

Zaman kita ini lebih mencabar kerana kita harus berlawan dengan segala jenis anasir-anasir yang kian berleluasa yang membuat kita semakin leka di bawa arus pembanguan. (Aduhh.. ayat saya ke ni hahaha).

Mampu kah kita berlawan dengan masalah tersebut?

Tepuk dada tanya imam..

Cuma nak saling ingat mengingati..

Walaupun negara kita sudah maju dengan pelbagai pembangunan telah diwujudkan tapi kita jangan kita lupa pada mereka yang telah bersusah payah melawan penjajah dahulu..

Sedekahkan Al-fatihah kepada Pejuang negara terdahulu..

Apa yang terjadi semuanya telah tertulis dan semuanya dari Allah S.W.T.....

Keberkatan Di Hari Raya

on 23 Julai 2014

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Detik..

demi..

detik 

meninggalkan kita..

tanpa menunggu walaupun hanya satu saat..

sedar tidak sedar.. 

ramadhan kian melabuhkan tirai..

masih cukupkah amalan kita ketika ini?

Terasa baru semalam pengumuman puasa di umumkan..

Mahu tidak mahu perjalanan hidup tetap harus di teruskan...

Semoga Ramadhan tahun hadapan menjadi milik kita lagi. 

Terasa berat di hati untuk meninggalkan ramadhan yang penuh dengan barakah. 

Bulan ramadhan kali ini untuk saya, setiap hari dipenuhi dengan assignment yang tidak pernah lelah menghulurkan diri. hihi..

Satu persatu assignment alhamdulillah dapat di siapkan. Walaupun masih ada saki baki yang akan disambung selepas raya. 

Kerana itulah sudah lama diri ini tidak menjengah ke blog notainsan. Kesibukan sebagai seorang pelajar terpaksa mengabaikan blog yang tersayang ini. 

Adat sebagai seorang pelajar yang sentiasa dipenuhi dengan kerja-kerja. Alhamdulillah semoga saya diberikan kekuatan untuk menempuhinya.

Kurang dari 5hari umat islam akan berhari raya. 

Baju raya sudah beli ke?

Kuih raya tunjuk ke atau buatan sendiri?

Walau bagaimana pun cara persiapan kita untuk menyambut hari yang mulia itu, di harap jangan dilupa pada yang susah. 

Bersederhana itu penting untuk mendapat keberkatan di hari raya

Oleh itu, saya sebagai pemilik notainsan ini ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada mereka yang telah datang ke blog ini. 

Doa kan dipermudahkan dan selamat saya pulang ke kampung. Anak Perantau kali kedua.  Kelantan-Perak
  
Jangan Lupa Doa untuk Gaza...
 Pray For Gaza


ESP SHAKLEE untuk bulan puasa

on 18 Jun 2014

Assalamuaaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah.. 

Pagi ini masih mampu menghirup udara segar di UITM Machang Kelantan. 

Awal-awal pagi lagi saya sudah mendapat kan SHAKLEE. 



Sebelum sarapan pagi, ESP menjadi santapan saya.

ESP mempunyai banyak kebaikkan serta iannya sangat bagus di ambil ketika berpuasa. Oleh kerana sudah tinggal kurang dari 10 hari untuk menempuhi bulan yang penuh barokah iaitu bulan ramadhan. 

Oleh itu jom beli laju-laju..

semoga puasa kita kali ini lebih bertenaga. 

untuk pembelian boleh la whatsapp atau mesej sahaja ke AFIQAH- 0143032019

Shaklee set Buasir

on 17 Jun 2014

Assalamuaaikum w.b.t & Salam sejahtera..

Sebagaimana kita ketahui, negeri cik siti wan kembang ini sebahagian penduduknya yang mngamalkan sunnah Rasulullah iaitu berniaga.

Terlalu mudah untuk kita menjumpai gerai-gerai kecil di kelantan.

Menjadi keterujaannya adalah kebanyakan jualan mereka, adalah hasil produk mereka sendiri seperti keropok ikan, songket dan lain-lain.

Oleh itu, saya yang berasal dari perak berasa teruja serta ingin mengikuti jejak langkah itu.. hihihi.(tak ada kena mengena antara negeri hihi)

Sebenarnya tujuan utama entri untuk kali ini adalah... nak bagitahu yang saya ni PENJUAL SHAKLEE..

Alhamdulillah.. Cinta pandang pertama saya terhadap SHAKLEE adalah pada set buasir. Iaitu OMEGA GUARD, ZINC COMPLEX & OSTEMATRIX




Alhamdulillah syukur tidak terhingga kerana buasir saya semakin pulih.

Pada permulaannya angah yang mempelawa saya untuk menjinak kan diri di dalam perniagaan shaklee. Tetap saya lebih berminat menjual gajet telefon.

Setelah itu, along pula mempelawa saya. Akhirnya, saya memasuki juga alam perniagaan SHAKLEE.

Ini adalah entri pertama saya tentang shaklee.

Mahukan SHAKLEE untuk pelbagai set boleh lah menghubungi saya

AFIQAH..
Whatsapp atau mesej ke 0143032019...


Sumber Ketenangan

on 16 Jun 2014

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..


Semester baru.. 
Azam pun baru..
Subjek baru..
Pensyarah pun baru.. 

Untuk semester 2 ini. Subjek yang di daftar sebanyak 7subjek termasuklah kukorikulum.

Dah nama pun pelajar fakulti pengurusan maklumat, mestilah subjek pengurusan maklumat yang di ambil kan.


Sambil tunggu pensyarah.. minum dulu.

IMD121
Communication Skills For Information Professionals. (Madam Haslina Binti Abdul Hamid)

IMD122
Introduction To School Resource Center (Miss Noor Azreen Binti Alimin)

IMD123
Foundation of Record Management. (Madam Siti Aisyah Mokhtar)

IMD124
Access to Information
(Sir Meer Zhar Farouk Bin Amir Razli)

CTU151

ELC150

Jadual untuk semester ini

Apabila sudah masuk semester 2. Kesedaran belajar semakin menular ke dalam diri. kih kih kih..

Semoga perjalanan musafir seorang pelajar di redhai serta di beri ketenangan bak kata angah(saljuhumairah). Amin..

Ketenangan itu penting. Satu-satunya sumber ketenangan hanyalah ALLAH.




Adab belajar

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah sudah seminggu lebih menjalani kehidupan seorang pelajar semester 2. Masih baru.. hanya bebaki lagi 3semester yang bakal di tempohi

Walaupun baru sahaja mencecah angka hari yang ke 9. Untuk awal semester ini.


Hanya mampu mengeluh.. hmmm.. awal-awal semester pun sudah ada masalah di hadapi. 

Masalah kerja berkumpulan. Allahurobbi. Tak tahu nak cakap apa. Kita ada hak untuk memilik siapa kumpulan kita. 

Tapi kenapa kita seperti di jadikan robot. Hanya menerima arahan. Apabila kita bersuara, kita di tuduh dengan macam-macam tuduhan. 

Hanya Pada Allah daku berserah...

Jom mengetahui 8 ADAB BELAJAR

http://smkalirshad.edu.my/adab-belajar/

 Bersabar duhai hati...

KATA KATA HIKMAH | MUTIARA KATA | MOTIVASI | JIJIK | BURUK| SAIDINA ALI

on 07 Jun 2014

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah..

Sudah tiba di negeri kelantan. Untuk meneruskan jihad belajar. Cuti semester selama dua bulan seperti baru semalam bermulanya cuti. 

Masa... 

Cepat sungguh iannya berlalu, langsung tidak menunggu walaupun sesaat.

Usia kian berganjak naik. 

Baru dua hari di bumi kelantan. Kerinduan terhadap mak dengan abah terlalu maksimum. 

Hanya doa pengirim kerinduan. Untuk mengisi beberapa hari untuk bermulanya kelas. Saya sempat membuat Kata-Kata Hikmah | Motivasi | Mutiara Kata

Kata-kata hikmah dari Saidina Ali. Semoga iannya bermanfaat kepada saya dan semua. 

Yang jijik itu menghimpun segala aib yang buruk
SAIDINA ALI 

Tempat : Kolej Tun Dr Mahathir, UITM MACHANG, KELANTAN
Photography : Notainsan.blogspot.com














Sumber: Mutiara Warisan