Assalamualaikum.

Tinggal beberapa hari lagi kita akan masuk 1 Zulhijjah. 

Kepada yang dijemput Allah SWT untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah, tahniah saya ucapkan. Alhamdulillah.

Kepada yang belum dijemput untuk ke tanah suci Mekah dan Madinah tahun ini saya doakan agar kita akan sampai juga ke sana nanti.

Dan kepada yang tidak dapat ke sana, apa kata kita buat ibadah Qurban. Ibadah ini boleh dibuat di mana-mana sahaja.

Sebelum kita melakukan ibadah qurban, lebih baik kita ambil tahu panduan yang betul untuk melakukan ibadah qurban.



Panduan Ibadah Qurban Yang Betul [ Video ]

Maksud Ibadah Qurban

Dari segi bahasa, Qurban bermaksud hampir. Manakala dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidil Adha dan hari Tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan beribadat atau menghampirkan diri kepada Allah SWT.

Hukum Ibadah Qurban

Sunat Muakkad iaitu sunat yang dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan dan cukup syaratnya seperti Islam, sempurna akal dan baligh.

Wajib bagi yang bernazar.

Orang yang berqurban dianjurkan melihat binatang yang itu sendiri atau sekurang-kurangnya melihat pada waktu penyembelihan dilakukan.

Binatang yang disyariatkan untuk qurban

Binatang tersebut mestilah tidak cacat, tidak sakit, tidak buta, tidak berkurap dan tidak kurus.

Jenis binatang qurban

  1. Kambing biri-biri yang berusia setahun dan ke atas
  2. Kambing biasa yang berusia dua tahun dan ke atas
  3. Unta yang berusia lima tahun dan ke atas
  4. Lembu atau kerbau yang berusia dua tahun dan ke atas

Syarat-Syarat Orang yang ingin melakukan ibadah qurban

  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berkemampuan

Video PanduanQurban

Cara Niat Qurban




Masalah Pembahagian Daging Qurban


Kelebihan Ibadah Qurban


Buatlah Ibadah Qurban


Buat Ibadah Qurban di luar Negara atau dalam Negara



Penutup


Ibadah qurban mempunyai hikmah tersendiri seperti menghidupkan erti pengorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS.

Ia juga sebagai tanda pengabdian diri dan tunduk patuh kepada Allah SWT.

Selain itu, ia dapat menambahkan  rasa kasih sayang dan ikatan persaudaraan  sesama umat Islam apabila menyedekahkan daging qurban kepada orang miskin yang memerlukan.

Panduan ini saya adaptasi daripada buku Indahnya Hidup Bersyariat yang mudah difahami dan senang untuk dirujuk.