Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Hai semua

Saya baru sahaja menghabiskan sebuah buku yang sangat bernilai karya A.Ubaidillah Alias. Kata angah, kakak kepada penulis ini adalah rakan sekerjanya.

Buku ini sangat istimewa, kerana siap ada tandatangan penulis lagi. Tajuknya ialah Ingin Menjadi Penulis?. 


BUKU INGIN JADI PENULIS? A. UBAIDILLAH ALIAS
                     Ke istemewaan buku ini, siap dengan tandatangan penulis lagi.


BUKU INGIN JADI PENULIS? A. UBAIDILLAH ALIAS
                                  Ini lah cover hadapan buku tersebut.


Antara yang menarik tentang buku ini ia menceritakan tentang mengapa ingin menjadi penulis?

1) Kewajipan menyampaikan ilmu.
   
    Wasilah atau wadah penyampaian ilmu yang paling dominan pada zaman celik huruf yang  
    memungkinkan ilmu sampai kepada semua lapisan masyarakat.

2) Kewajipan berdakwah dan mendidik masyarakat.

    Memberi pengaruh yang amat besar kepada masyarakat dn mampu menguasai pemikiran mereka.

3) Kewajipan berjihad menentang musuh islam dan mempertahankan islam.

    Serangan pemikiran oleh musuh melalui internet wajib ditangkis. Pada zaman globalisasi,        
    musuh menggunakan senjata ekonomi dan senjata maklumat bagi melemahkan umat islam.

4) Membina tamadun pemikiran bangsa.

    Golongan yang terpelajar seharusnya menjadikan penulisan sebagai wasilah penting dalam 
    menyampaikan dakwah untuk mengelakkan bangsa kian punah dirodok bahan hedonis dan erotis.

5) Meraih pahala jariah.

    Tulisan yang dihasilkan akan menjadi bekalan ke akhirat, selagi mana ilmu yang diwariskan itu
    dipelajari dan diamalkan oleh umat islam, selagi itulah ia akan mendapat ganjaran daripada
    Allah  SWT.

Selain daripada itu antara yang terpenting ialah tips menjadi penulis.

* Ketekunan adalah eset paling utama.

* Jangan berhenti menulis.

* Himpun dan cantum pengalaman.

* Dua perkara yang utama iaitu kamar dan komputer. Tanpa dua perkara ini, proses 
   penulisan menjadi sukar.

* Bertutur seperti seorang penulis iaitu berani.

* Penulis perlu mengurus waktu.

* Jangan tunggu ilham turun dari langit.

* Penulisan perlu mencari bahan penulisan.

* Segera mencatat bahan atau idea pada bila-bila masa apabila bahan atau isi muncul.

dan lain-lain lagi. Terlalu banyak untuk di nyatakan.

Biodata penulis

A.Ubaidillah Alias dilahirkan pada 10 Disember 1981 dan berasal dari Kg. Belukar. Cabang 3 Pendek, Kota Bharu, Kelantan.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Dewan Beta. Meneruskan pelajaran di peringkat SPM dan STAM di Maahad Tahfiz al-Quran Pulai Chondong.

Turut melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Qiraat di Darul Quran, JAKIM, Kuala Kubu Bharu. Beliau juga mempunyai kelulusan ijazah dalam bidang Usuluddin(Hons), Syukbah Tafsir di Universiti Al-Azhar, Kaherah.

Berpengalaman dalam bidang penulisan selama 5 tahun. Dan kini beliau berkerja sebagai pegawai tadbir di perbadanan kemajuan Iktisad Negeri Kelantan.