Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Sekolah Menengah Kebangsaan Mudzaffar Shah...

Sekolah Menengah Kebangsaan Mudzaffar Shah telah ditubuhkan pada Januari 1962. Pada mulanya penubuhan sekolah ini bermula dengan menumpang di bangunan Ma'had Al-Ehya Assyarif, Gunung Semanggol.

Pada thun 1965, akibat petambahan pelajar, sekolah ini telah berpindah dan menumpang di SRJK (Cina) Chong Wah, Simpang Empat.

Pada tahun 1966, oleh kerana bilangan pelajar bertambah, sebahagian mereka menumpang di SK Sungai Kepar. Pada tahun itu Juga, sekolah ini di namakan sekolah menengah sungai kepar.

Pada tahun 1967, bangunan sekolah ini siap dibina. Nama juga telah di tukar menjadi sekolah menengah rendah mudzaffar shah.

Pada tahun 1973 nama sekolah telah ditukar menjadi Sekolah Menengah Mudzaffar Shah.

Inilah serba sedikit tentang sekolah Menengah Kebangsaan Mudzaffar Shah, untuk mengetahui lebih lanjut sila klik Sini


                                                               SMK Mudzaffar Shah


Saya adalah Salah seorang bekas pelajar sekolah tersebut begitu juga along dan kakak. Saya mula mendaftar ke smk Mudzaffar Shah sewaktu memasuki tingkatan 1 pada tahun 2008. Saya ditempatkan di kelas 1P1 aliran pertanian.

Sememangnya jiwa sayalah, kerja lasak-lasak ini, tak sangka pula dapat kelas itu hehehe.
Pemilihan kelas telah ditetapkan oleh pihak sekolah berdasarkan keputusan UPSR saya yang biasa-biasa itu.

Rakan seperjuangan saya di Sekolah Rendah Kebangsaan Gunung Semanggol semuanya sudah berpecah ikut haluan sendiri , ada yang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Semanggol, SMA Maahad Al Ehya Assyariff dan lain-lain sekolah.

SMKGS & SMA Maahad Al Ehya Assyariff

Saya mula memegang jawatan Ahli Lembaga Koperasi atau nama lain pengawas koperasi dari tingkatan 1 hingga tamat persekolahan di tingkatan 5.

                          Ini adalah bahagian hadapan koperasi SMKMS gambar di ambil dari Sini


Sewaktu di tingkatan 4 kelas saya juga telah ditetapkan oleh pihak sekolah berdasarkan keputusan PMR. 4T1 kelas yang telah ditetapkan  kepada saya, matapelajaran yang di ambil ialah Ekonomi Asas, Information,Communication And Technology(ICT) dan Geografi.

Di kelas 4T1 saya juga telah berpeluang menjadi Penolong Ketua Kelas versi comel hehehe dan yang paling penting versi senang orang pijak kepala. Itu perkara biasa kerana, saya seorang yang penyengap dan selalu mengikut kata orang (AMARAN!! jangan ikut perangai macam saya).




      Kami satu keluarga..Cikgu Maisarah(Guru Kelas Di 5T1) bukan saya jadi p.ketua kelas 5T1  sudah letak jawatan heheh..


    Study di belakang kelas bersama kawan-kawan. (Studylah sangat haha)


                           Inilah kawan-kawan saya susah senang bersama sepanjang berada di 5T1.
                                                 Abaikan mamat sesat tersebut haha.