Assalamualaikum semua.

Syariat Islam cukup sempurna untuk diamalkan oleh semua umat manusia. 

Dalam bab penyucian juga telah disediakan panduan yang lengkap, selamat dan mendamaikan.

Salah satu perkara penting yang berkaitan dengan bab penyucian diri, pakaian dan tempat ialah pembahagian air. 

Sebelum kita hendak mengambil wuduk, kita perlu tahu apakah jenis-jenis pembahagian air supaya wuduk kita sah.

Apabilah wuduk kita sah barulah solat kita sah.

Kenali Pembahagian Air Sebelum Mendirikan Solat
Kenali Pembahagian Air Sebelum Mendirikan Solat


Kenali Pembahagian Air Sebelum Mendirikan Solat

Terdapat empat jenis air yang ulamak telah ajarkan kepada kita.

1. Air Mutlak

Maksud air mutlak ialah air yang suci lagi menyucikan. 

Ia juga merupakan air yang benar-benar tulen tanpa bercampur dengan benda-benda lain seperti teh, susu, kopi, minyak, najis dan sebagainya.

Air ini boleh digunakan untuk bersuci seperti berwuduk, beristinjak (membersihkan kedua-dua kemaluan iaitu qubul dan dubur), mandi hadas, membasuh najis dan sebagainya.

7 Punca Air Mutlak

1. Air sungai
2. Air laut
3. Air hujan
4. Air perigi
5. Air embun
6. Air mata air
7. Air beku/ salji

Air yang bertakung dalam isipadu lebih daripada 2 qullah (230liter) dikira sebagai air mutlak selagi tidak dimasuki benda lain yang tidak mengubah nama atau sifat air (bau, warna dan rasa).

Namun, jika berubah sama ada bau, warna serta rasa, maka air tersebut tidak lagi di kira sebagai air mutlak. Maka tidak boleh digunakan untuk bersuci.

Contoh berubah sifat berlaku apabila air mutlak ditambah dengan serbuk kopi:

Warna air 

Warnanya akan jadi hitam.

Bau Air


Air berbau kopi

Rasa Air


Air akan rasa pahit


Maka, air itu tidak lagi dipanggil air mutlak dan tidak boleh digunakan untuk bersuci. Ia hanya boleh diminum.


2. Air Mustakmal


Maksud air mustakmal ialah air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan.

Ia bermaksud, air ini tidak boleh digunakan untuk mengangkat hadas kecil (berwuduk) dan hadas besar (mandi wajib).

Dalam erti kata yang lain, air mustakmal tidak boleh digunakan untuk membasuh anggota yang wajib sekiranya ditadah semula.

Selain itu, air yang tidak cukup dua qullah juga dikategorikan sebagai air mustakmal.

Air mustakmal boleh digunakan untuk diminum, makan atau membasuh benda-benda yang bukan najis sahaja.

Perlu diingat juga, sekiranya air basuhan wajib menitis ke dalam air yang tidak sampai dua qullah juga dikira sebagai air mustakmal.

3. Air Musyammas


Maksud air musyammas ialah air yang makruh digunakan.

Air ini asalnya air mutlak tetapi terjemur di tengah panas matahari di dalam bekas yang mempunyai karat dan digunakan pula ketika air masih panas.

4. Air Mutanajis

 
Maksud air mutanajis ialah air yang mengandungi najis.

Air yang kurang daripada dua qullah dimasuki najis sama ada air itu berubah atau tidak dikenali sebagai mutanajis.

Jika air yang lebih daripada dua qullah dimasuki najis lalu air itu berubah sifat iaitu rasa, bau dan warna, maka air itu tidak boleh digunakan untuk bersuci.

Masalah


Jika mencelupkan kaki ke dalam air yang melebihi dua qullah dan air tersebut tidak berubah sifatnya maka air itu masih lagi dianggap air mutlak dan boleh digunakan untuk bersuci.

Video Pembahagian Air


Masalah Air Mustakmal dan Mutanajis




Pembahagian Air



Kesimpulan

Sebagai umat Islam, kita wajib belajar tentang fardu ain supaya ibadah kita sah dari segi hukum feqah.

Jenis-jenis pembahagian air memang penting kerana ia berkait rapat dengan ibadah wajib kita.

Perkongsian dalam post ini hanya perkara asas untuk mengulangkaji dan peringatan buat saya sendiri. 

Untuk penerangan lebih lanjut boleh rujuk dalam  Indahnya Hidup Bersyariat.

Adalah lebih baik, kita mengekalkan amalan menuntut ilmu walaupun kita sudah tahu banyak perkara dalam ilmu fardu ain.

Semoga Allah SWT sentiasa memandang kita dengan Kasih Sayangnya.

Jumpa lagi.