Assalamualaikum

Tahukah anda bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan kita.

Walau dalam apa keadaan sekalipun kita tetap wajib menjaga kebersihan.

Sebab itu, Islam menyediakan kaedah tersendiri untuk menyelesaikan masalah kebersihan terutamanya kebersihan diri.

Salah satu perkara penting dalam Islam yang menyentuh perihal kebersihan ialah istinjak.

Mari kita lihat bagamana cara beristinjak dengan betul.

Panduan Mudah Istinjak Yang Betul
Panduan Mudah Istinjak Yang Betul


Panduan Mudah Istinjak Yang Betul 

Sebelum mengetahui cara beristinjak, baik kita lihat beberapa pekara tentang istinjak seperti maksud, hukum, adab dan syarat-syarat beristinjak.

Maksud Istinjak

Istinjak ialah menghilangkan najis yang terdapat pada kemaluan selepas membuang air kecil atau air besar.

Hukum Istinjak

Hukum istinjak ialah wajib sama ada dengan air atau dengan batu tetapi menggunakan kedua-duanya sekali adalah lebih baik (afdal).

Cara Beristinjak

Terdapat dua cara beristinjak iaitu dengan menggunakan air dan batu.

Beristinjak menggunakan air

Basuhlah kemaluan anda menggunakan air sehingga hilang bau, warna dan rasa dengan menggunakan tangan anda.

Kemaluan hadapan kita dapat lihat dan rasa dengan tangan.

Bagi kemaluan belakang, apabila dirasai kesat bermakna dubur sudah bersih dan anda boleh mencium tangan anda untuk mengetahui bahawa masih ada bau atau tidak.

Beristinjak menggunakan batu

Jika anda mempunyai masalah bekalan air, benda-benda kesat seperti batu atau kulit kayu boleh digunakan untuk beristinjak.

Syarat-syarat beristinjak menggunakan batu

  1. Najis tidak beralih dari tempat asal
  2. Najis masih belum kering
  3. Tidak ada benda-benda asing yang melekat di kemaluan

Cara beristinjak dengan batu

Wajib menyapu tiga kali walaupun menggunakan batu yang sama tetapi menggunakan tiga penjuru yang berlainan. 

Sekiranya belum bersih wajib diulang sehingga benar-benar bersih.

Perkara sunat beristinjak dengan batu

  1. Beristinjak dengan bilangan ganjil sama ada tiga, lima atau tujuh kali sapuan
  2. Menggunakan tangan kiri

Video Cara Beristinjak Dengan Betul







Adab Beristinjak


Semasa melakukan istinjak kita dilarang menggunakan tangan kanan.

Kita biasanya akan melakukan istinjak di dalam tandas selepas menunaikan qada hajat (buang air besar mahupun air kecil.

Jadinya, ketika masuk ke dalam tandas mesti melangkah menggunakan kaki kiri.

Apabila keluar dari tandas mesti mendahulukan kaki kanan.

Jangan lupa baca doa masuk tanda dan doa keluar tandas.

Kesimpulan

Belajar lah dengan bersungguh-sungguh perihal istinjak ini kerana ia fardu bagi kita sebagai seorang muslim.

Hal ini amat penting kerana ia berkaitan dengan amal ibadah kita terutama solat. 

Jika tubuh badan kita tidak suci daripada hadas kecil dan hadas besar maka tidak sah solat kita.

Sebahagian panduan ini saya rujuk dalam buku Indahnya Hidup Bersyariat.