Assalamualaikum
Islam memang cukup indah. Islam sentiasa membawa keselamatan kepada kita semua. Islam tidak membebankan penganutnya.
Meskipun kita tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan solat walau dalam apa keadaan sekalipun kecuali meninggal dunia, tetapi kaedah untuk menyelesaikan masalah untuk menunaikan kewajipan solat pasti ada.
Umpamanya wuduk.
Jika hendak solat, wajib berwuduk dahulu.
Namun begitu, ada keadaan tertentu yang menyebabkan kita tidak boleh berwuduk seperti tidak ada air atau anggota badan tidak boleh kena air kerana sakit.
Oleh itu, Islam mensyariatkan tayammun.
Mari kita belajar cara bertanyammun yang betul.
Panduan Tayammum Yang Betul |
Panduan Tayammum Yang Betul [ Video ]
Pengenalan Tayammun
Tayammun merupakan keringanan atau rukhsah yang diberikan kepada umat Islam dalam melaksanakan ibadah ketika dalam keadaan uzur yang dibenarkan oleh syarak.
Ia sabagai pengganti kepada wuduk atau mandi janabah (mandi hadas besar) sebagai cara yang diharuskan untuk melaksanakan perkara fardhu seperti solat dan tawaf.
Syarat -syarat tayammum
Ketiadaan air
Keuzuran kerana sakit
Air diperlukan untuk perkara yang lebih penting
Dilakukan setelah masuk waktu solat
Menggunakan debu tanah yang suci
Mengetahui arah kiblat
Rukun Tayammum
- Niat
Sahaja aku bertayammum untuk mengharuskan solat semata-mata kerana Allah SWT |
- Menyapu debu tanah ke muka
- Menyampu debu tanah di tangan dengan menggunakan debu yang lain selain daripada yang disapu ke muka tadi) sehingga ke siku. (Walaupun ada pendapat mengatakan tidak perlu sampai ke siku memadai di pergelangan tangan)
Perkara Sunat Tayammum
- Membaca basmalah
- Medahulukan tangan kanan daripada tangan kiri
- Berurut-uratan
Syarat Sah Tayammum
- Menghilangkan najis terlebih dahulu.
- Debu tanah yang suci.
- Bukan dari debu tanah yang musta’mal (yang telah digunakan).
- Ada qasad (niat) penggunaan debu tanah.
- Menyapu muka dan dua tangan hingga ke siku dengan dua kali tepuk. Tepukan pertama bagi muka dan tepukan kedua bagi tangan.
- Pastikan terlebih dahulu arah kiblat.
- Bertayammum apabila telah masuk waktu solat.
- Satu tayammum bagi satu solat fardhu dan beberapa solat sunat
Perkara yang membatalkan Tayammum
- Setiap perkara yang membatalkan wuduk adalah yang membatalkan tayammum
- Murtad
- Mendapat air. Sekiranya telah memperolehi air seletelah bertanyammum, tetapi belum solat maka perlulah menggunakan air untuk berwuduk dan bersolat. Sekiranya sesudah bersolat (dengan bertayammum) tiba-tiba ada air maka tidak wajib diulangi lagi.
0 Comments
Catat Ulasan