Assalamualaikum

Nabi Muhammad SAW adalah utusan untuk umat manusia seluruh alam. 

Dialah insan sempurna yang wajib kita beriman dan percaya.

Amat rugi jika kita tidak mengenal sosok tubuh Nabi Muhammad SAW yang amat hebat ini.

Untuk membaca kitab-kitab tentang Nabi Muhammad SAW, kita perlukan ilmu asas agama yang kukuh untuk kita menyemak sumber atau maksud di sebalik hadith atau terjemahan Al-Quran.

Dalam erti kata lain kita perlu berguru. Kita perlu belajar dari orang yang alim. Kita tidak boleh membuat tafsiran sendiri.

Ya.

Kita memang wajib menuntut ilmu selagi hayat dikandung badan.

Kaedah untuk mendapatkan ilmu mengenal Nabi Muhammad SAW ini adalah dengan menghadiri majlis ilmu agama, kuliah seminar dan sebagainya.

Salah satu cara yang orang awam (bukan dari latarbelakang agama) untuk mengenal baginda Nabi Muhammad SAW ialah dengan membaca buku-buku tentang baginda.

Kita boleh dapatkan buku-buku yang sesuai untuk dibaca sebagai penyuntik semangat untuk belajar dan  mengkaji dengan lebih dalam tentang Nabi Muhammad SAW.

Senarai Buku Nabi Muhammad SAW Yang Mudah Dibaca Oleh Orang Awam
Senarai Buku Nabi Muhammad SAW Yang Mudah Dibaca Oleh Orang Awam 


Senarai Buku Nabi Muhammad SAW Yang Mudah Dibaca Oleh Orang Awam 

Jom baca satu persatu.

Buku Communicate Like Muhammad

Buku Communicate Like Muhammad
Buku Communicate Like Muhammad


Bicara secara ringkat tentang Buku Communicate Like Muhammad telah dibincangkan dalam blog nota insan.

Buku menerangkan bagaimana cara untuk berkomunikasi mengikut gaya Nabi Muhammad SAW.

Cara penyampaian buku ini memang santai dan mudah difahami.

Buku 365 Tip Gaya Rasulullah SAW


Buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah SAW

Buku 365 Tip Gaya Rasulullah SAW


Buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah SAW ini juga bagus untuk dibaca. 

Selain kita dapat mengetahui bagaimana cara untuk amalkan gaya hidup sihat seperti Rasulullah SAW, kita juga dapat mengenali siapa Rasulullah SAW itu sendiri.

Buku 200 Tip Mudah dan Rajin Solat Gaya Rasulullah SAW

200 Tip Mudah dan Rajin Solat Gaya Rasulullah SAW
200 Tip Mudah dan Rajin Solat Gaya Rasulullah SAW

Buku 200 Tip Mudah dan Rajin Solat Gaya Rasulullah SAW membicangkan tip-tip yang mudah difahami oleh pembaca agar kita rasa mudah untuk solat dan rasa tidak mahu meninggalkan solat.

Buku ini beraiz kecil tapi sarat dengan panduan berguna kepada umat Islam untuk menggalakkan kita semua gemar bersolat

Buku Lead Like Muhammad


Buku Lead Like Muhammad

Buku Lead Like Muhammad



Buku Lead Like Muhammad ini memang bagus di baca oleh kita semua tidak kira agama atau bangsa. 

Meskipun buku ini fokus kepada gaya kepimpinan Nabi Muhammad SAW tidak bermakna ia hanya sesuai untuk pemimpin rakyat atau organisasi sahaja.

Ia sesuai di baca oleh ibu bapa, guru, malahan orang biasa yang sudah semestinya perlu memimpin diri sendiri.

Buku 200 Tip Rajin Selawat


Buku 200 Tip Rajin Selawat

Buku 200 Tip Rajin Selawat


Salah satu cara untuk menunjukkan cinta kita kepada baginda Nabi Muhammad SAW ialah dengan memperbanyakkan selawat.

Buku 200 Tip Sihat Gaya Rasulullah SAW ini amat baik dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

Buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi: Edisi Kemas Kini

Buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi: Edisi Kemas Kini
Buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi: Edisi Kemas Kini



Buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi mendapat permintaan ramai kerana pihak penerbit terpaksa mencetak berulang-ulang kali.

Cara penyampaiannya mudah difahami dan mudah diamalkan.

Yang penting ikut cara Nabi Muhammad SAW.

Buku 365 Tip Didik Anak Remaja Gaya Rasulullah


365 Tip Didik Anak Remaja Gaya Rasulullah



Buku 365 Tip Didik Anak Remaja Gaya Rasulullah merupakan buku tulisan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki selepas berjaya menulis buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi.

Buku ini membincangkan cara untuk mendidik anak remaja beserta dalil-dalil yang berkaitan.

Penutup


Kalau kita benar-benar sayangkan Nabi Muhammad SAW, usahalah dengan apa cari untuk kita kenal baginda.

Salah satunya dengan membaca buku tentang Nabi Muhammad SAW.

Senarai Buku Nabi Muhammad SAW Yang Mudah Dibaca Oleh Orang Awam yang sebut di atas adalah pilihan blog notainsan sahaja.

Ini bermaksud, mungkin terdapat lagi buku-buku lain yang di lebih baik. Anda boleh berikan cadangan dalam ruangan komen sekiranya ada.

InsyaAllah, saya akan kemaskini Senarai Buku Nabi Muhammad SAW Yang Mudah Dibaca Oleh Orang Awam dari semasa ke semasa.