Assalamualaikum

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang sebuah buku tulisan Cik Puan Ainon Mohd yang cukup memberi kesan kepada saya.

Judul buku yang saya maksudkan ialah Lead Like Muhammad. Buku ini diterbitkan oleh PTS House Publishing pada 24 Ogos 2021.

Buku ini boleh didapati dalam bentuk bercetak ataupun secara digital (ebook).

Buku Lead Like Muhammad
Buku Lead Like Muhammad 

Nabi Muhammad SAW


Siapa tidak kenal Nabi Muhammad SAW?

Kalau ada yang tidak kenal pun mesti pernah dengar nama Nabi Muhammad SAW.

Kita semua sedia maklum Nabi Muhammad SAW membawa kebaikan kepada penduduk seluruh dunia, bukan hanya kepada umat Islam sahaja. 

Beliau bukan datang ke dunia untuk memegang satu peranan sahaja, tetapi beliau ditunjukkan oleh Allah SWT kepada kita semua bagaimana menjadi manusia yang memiliki peranan yang berbeza-beza.

Nabi Muhammad seorang lelaki. Nabi Muhammad seorang suami. Nabi Muhammad seorang ayah. Nabi Muhammad seorang guru. Nabi Muhammad juga seorang pemimpin.

Siapa sahaja manusia di dunia boleh menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh dan tauladan.

Dalam bab kepimpinan banyak ilmu kepimpinan yang beliau ajarkan dapat dipraktikkan oleh orang-orang Islam dan juga orang-orang bukan Islam.


Caver Belakang Buku Lead Like Muhammad
Caver Belakang Buku Lead Like Muhammad


Sinopsis Buku Lead Like Muhammad

Tujuan buku Lead Like Muhammad ditulis adalah untuk menerangkan prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP yang digali daripada hadith-hadith yang mempunyai elemen psikologi di dalamnya, dan bagaimana elemen-elemen itu dapat diaplikasi.

Segala prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP kepimpinan gaya Nabi dapat dikumpulkan ke dalam 2 kategori:

KATEGORI 1

  • Dalam kategori ini adalah amalan-amalan, rutin dan ritual yang dilakukan oleh Nabi sebagai pemimpin yang beragama Islam.
  • Dari sudut aplikasinya, amalan-amalan, rutin dan ritual itu adalah khusus untuk ketua-ketua yang beragama Islam sahaja.
  • Buku-buku kepimpinan gaya Nabi yang ditulis oleh golongan agamawan fokus menerangkan amalan, rutin dan ritual dalam kategori ini.
  • Buku-buku itu hanya relevan kepada pemimpin dan ketua-tua yang beragama Islam sahaja.

KATEGORI 2

  • Dalam kategori ini adalah prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP gaya Nabi yang bersifat universal, yang dapat berdiri sendiri, yang tidak perlu dikaitkan dengan iman dan akidah.
  • Prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kategori ini dapat dipisahkan daripada kepercayaan spiritual.
  • Sesiapa sahaja dapat mengaplikasi prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP itu. Orang bukan Islam pun dapat menggunakannya dengan mudah sekali.
  • Jika pemimpin dan ketua hanya mengaplikasi prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kategori ini sahaja pun dia sudah mampu memimpin organisasinya secara efektif.
  • Buku ini fokus menerangkan prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kepimpinan gaya Nabi yang bersifat universal.

Isi Kandungan Buku Lead Like Muhammad


Terdapat 34 Bab dalam buku Lead Like Muhammad. Anda boleh baca tanpa mengikut turutan bab yang disusun.

BAB 1 - NABI BERPURA-PURA TIDAK NAMPAK KESALAHAN DISIPLIN KERJA ANAK BUAH

BAB 2 - NABI TIDAK MENGHUKUM PEMAKSIAT

BAB 3 - RUPA-RUPANYA NABI MENGAMALKAN PRINSIP DOUBLE STANDARD

BAB 4 - CIRI-CIRI PERBUATAN DAN TINGKAH LAKU YANG NABI TEGUR SECARA TERBUKA

BAB 5 - CARA MENDORONG ANAK BUAH BERANI MEMBERI IDEA & BUAH FIKIRAN.

BAB 6 - CARA CO-EXIST BERSAMA STAFF YANG BERMASALAH.

BAB 7 BAGI MENDORONG ORANG SUPAYA BUAT YANG BETUL, NABI TIDAK TUNJUKKAN CONTOH PERBUATAN YANG SALAH

BAB 8 CARA YANG BETUL MENJALANKAN SESI BRAINSTORMING

BAB 9 CARA YANG BETUL MENJALANKAN SESI BRAINSTORMING

BAB 10 CARA YANG BETUL CAMPUR HAL ANAK BUAH

BAB 11 NABI TIDAK MEMUJI SUMBANGAN ANAK BUAH YANG BERSTATUS TINGGI

BAB 12: BEGINILAH CARA NABI MEMUJI PEKERJAAN ORANG KECIL

BAB 13: BEGINILAH CARANYA NABI MENERIMA ADUAN DAN RUNGUTAN DARI ANAK BUAHNYA

BAB 14 BEGINILAH CARA NABI RESPON APABILA ANAK BUAH TIDAK MAHU MELAKSANAKAN SURUHANNYA

BAB 15 BEGINILAH CARANYA NABI MENDORONG ANAK MUDA MENJADI INDIVIDU CEMERLANG

BAB 16 CARA MEMBETULKAN KESALAHAN ANAK BUAH YANG MASIH SANGAT BODOH

BAB 17 NABI TIDAK MENASIHATI ORANG MUDA YANG BURUK AKHLAKNYA

BAB 18 LIHATLAH BAGAIMANA TINGGINYA TOLERANSI NABI TERHADAP PERBEZAAN PENDAPAT

BAB 19 BEGINILAH CARA NABI MEMBERI KAUNSELING KEPADA SESEORANG YANG MENGHADAPI BANYAK MASALAH PERIBADI

BAB 20 APABILA NABI MEMBUAT KEPUTUSAN DAN MENGELUARKAN ARAHAN BELIAU TIDAK MEMBERI ALASAN

BAB 21 - BEGINILAH CARA NABI MEMISAHKAN TUGAS MENCIPTA IDEA DAN TUGAS MELAKSANAKAN IDEA

BAB 22 BEGINILAH CARA NABI MEMBERI KAUNSELING KEPADA JANDA TALAK TIGA YANG MENJADI REBUTAN TIGA LELAKI

BAB 24 BAGINILAH CARANYA BAGAIMANA ORANG-ORANG BAIK BOLEH PULA MEREKA ITU MENOLONG KERJA-KERJA SYAITAN

BAB 23 CARA YANG BETUL MENJALANKAN SESI BRAINSTORMING

BAB 25 CARA BETUL MENGELUARKAN ARAHAN KERJA KEPADA ORANG BAWAHAN

BAB 26 BEGINILAH CARA BETUL KETUA MELAYAN KOMPLEN DARI ANAK BUAH YANG TIDAK PUAS HATI

Bab 27 APLIKASI TEKNIK NABI DALAM KEPIMPINAN POLITIK

BAB 28 NABI MENUNJUKKAN PERMINTAAN YANG KETUA BOLEH MINTA DARI ANAK BUAHNYA

BAB 29 NABI BERSANGKA BAIK TERHADAP PENDOSA

BAB 30 NABI TIDAK MEMUJI SUMBANGAN ANAK BUAH YANG BERSTATUS TINGGI

BAB 31 BEGINILAH CARA NABI MENDORONG ANAK BUAHNYA MELAKUKAN KEBAIKAN UNTUK ORANG LAIN

BAB 32 NABI TIDAK MENEGUR ORANG YANG MELAKUKAN KESILAPAN

BAB 33 BEGINILAH CARA NABI MENGAJAK ORANG PANDAI MELAKUKAN AMALAN BAIK

BAB 34 BEGINILAH CARA NABI MEMBERI LABEL POSITIF SEBAGAI GANJARAN

 

Contoh Isi Kandungan Buku

Berikut adalah paparan contoh isi kandungan buku Lead Like Muhammad.

Cuba anda hayati isi kandungan buku ini.

Buku Lead Like Muhammad
Pengenalan Buku Lead Like Muhammad 

Buku Lead Like Muhammad
Kategori Buku Lead Like Muhammad 

Contoh Bab 1

Isu semasa Buku Lead Like Muhammad 


Buku Lead Like Muhammad
Ulasan Buku Lead Like Muhammad 



Buku Lead Like Muhammad


Begitulah sedikit sebanyak contoh penulisan Buku Lead Like Muhammad.

Kesimpulan

Membaca buku ini seolah-olah sedang berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW. Saya rasa dekat.

Secara umumnya, buku ini adalah tentang psikologi Nabi Muhammad SAW memimpin dan menyelesaikan masalah yang timbul dalam kalangan sahabat dan orang kafir.

Tidak semestinya anda bukan pemimpin anda tidak boleh baca buku ini. 

Anda salah kalau anda beranggapan bahawa hanya pemimpin sahaja mesti baca buku ini sebab anda juga perlu memimpin diri anda sendiri.

Nabi Muhammad SAW memang layak dijadikan contoh tauladan dalam segenap segi terutama adab dan akhlak.

Saya dapat mengenali lebih dekat keperibadian Nabi Muhammad SAW dalam bab berkomunikasi dan memimpin sahabat-sahabat dan seluruh umat manusia setelah membaca buku ini.

Baginda Nabi memang seorang yang bijak dan genius dalam mengendali kelakuan manusia dalam segenap segi.

Panduan yang Nabi Muhammad SAW tunjukkan merentasi zaman. Ia boleh diaplikasi oleh semua manusia tanpa mengira bangsa mahupun agama.

Buku Lead Like Muhammad memang terbaik. Semua orang mesti baca tidak kira pemimpin ataupun tidak. 

Bacalah untuk kebaikan diri dan orang sekeliling kita.