Assalamualaikum 

Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kerana dengan izin Allah SWT, kedai online Nota Insan telah dibangunkan.

Kami menjemput anda untuk berkunjung ke kedai online Nota Insan.

Kedai Online Nota Insan Shopee

Buat masa ini ada beberapa produk yang telah dimasukkan ke dalam kedai online Nota Insan. 

InsyaAllah dari semasa ke semasa, seberapa banyak produk akan dimasukkan dalam kedai online Nota Insan. 

Kedai Online Nota Insan
Kedai Online Nota Insan

Matlamat kami adalah untuk menyebarkan kebaikan melalui ilmu pengetahuan kerana kita semua sedia maklum bahawa ilmu amat penting untuk kehidupan di dunia dan di akhirat.

Kami yakin bahawa, anda sering kali mendengar potongan hadith berkenaan ilmu.

Menuntut ilmu untuk dunia dan akhirat
Hadith tentang Ilmu


"Sesiapa yang mengkehendaki kehidupan dunia maka wajib baginya memiliki ilmu dan sesiapa yang mengkehendaki kehidupan di akhirat maka wajib baginya memiliki ilmu dan sesiapa yang mengkehendaki kedua-duanya, maka wajib baginya memiliki ilmu"
Al-Hadith riwayat Imam At-Tirmdzi


Secara umum, isi hadith ini memberi petunjukkan kepada kita supaya mencari ilmu dan beramal dengan ilmu jika mahu berjaya di dunia dan di akhirat. 

Apa sahaja yang ingin kita lakukan sama ada untuk kehidupan di dunia mahupun di akhirat mesti dipandu oleh ilmu.

Contoh kehidupan di dunia

Kalau kita hendak berniaga, mesti ada ilmu berniaga.

Kalau kita hendak bertukang-kayu, mesti ada ilmu tukang kayu.

Kalau kita hendak menjadi jurutera, mesti ada ilmu kejuruteraan.

Contoh kehidupan di akhirat

Kalau kita hendak dapat pahala di akhirat mesti kena ada ilmu supaya pahala tidak rosak.

Kalau hendak masuk syurga, mesti ada ilmu supaya kita termasuk dalam golongan ahli syurga.

Kalau kita tidak mahu masuk neraka, mesti ada ilmu untuk menjauhi amalan berdosa.

Ulamak pernah berkata:

Orang yang terbaik ialah orang yang menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu kepada orang lain.
Kata-kata hikmah ini menjadi inspirasi buat nota insan untuk menyebarkan ilmu kepada lebih ramai manusia terutamannya rakyat Malaysia.

Kita mungkin tidak mampu untuk memberi ceramah tetapi kita mampu untuk menyebarkan isi atau program ceramah.

Kita mungkin tidak pandai menulis buku, tetapi kita mampu menyebarkan isi buku yang ditulis.

Kami mohon sokongan anda untuk besama-sama Nota Insan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kepada seluruh manusia.