Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah hari ini masih berkesempatan untuk menjengah ke notainsan. Berjuta ke syukuran meniti di bibir ini kerana Allah masih memberi nikmat nyawa untuk terus hidup. 

Dalam kesibukan peperiksaan akhir untuk semester ini. Alhamdulillah masih boleh update entri untuk kali ini. Sebenarnya kertas peperiksaan saya tinggi satu lagi untuk dilalui. Pada hari isnin ini.

Information and communication technology application merupakan subjek terakhir untuk kertas terakhir saya. Subjek yang paling saya minat kerana iannya berkaitan dengan computer. Saya dan komputer tidak boleh terpisah hehe. 

Lepas berakhirnya kertas tersebut maka bermulalah cuti semester yang berlangsung selama dua bulan. Kerinduaan kepada mak dan abah di kampung bagai tidak tertahan. Walaupun jasad masih di sini tetapi fikiran sudah menjengah ke kampung.


Ya Allah pemudahkanlah perjalanan peperiksaan akhir ini serta lancarkanlaah perjalanan saya pulang ke kampung.