Hujan menemani kelam malam ini..turun dengan rakus menghempas tanah.. sikatak berlumba-lumba mengeluarkan suara di keheningan malam. Dengan lantang memberitahu penduduk bumi kerana kegembiraan.. "lama tidak mengarang ayat puitis hehe".
sudah beberapa hari berada di kampung halaman tapi masih tidak mampu menghilangkan kerinduaan. Semua masakan kegemaran masih belum mampu di tunaikan oleh mak. Seluruh kampung masih belum di terokai atas di sebabkan motor kesayangan mengalami penyakit tayar pecah hehe..
Bit-bit kebahagiaan sedang meresap di dalam diri. ALLAH indahnya balik kampung..
Sahabat di kampung, awal-awal lagi sudah bertandang ke rumah sebaik sahaja megetahui sahabatnya sudah kembali ke kampung.
Saya bersama Ezate
Saya bersama Amalina
Saya,Ezate,Amalina & Syaqirin
Terima kasih Ya Allah kerana. Mengurniakan Sahabat sejati kepada ku. Sahabat yang memahamiku, menegur tika aku di dalam kesilapan..Sahabat yang mengajar erti persahabatan
ALHAMDULILLAH Bersahabat kerana Allah. Dalam menempuhi ranjau kehidupan sebagai seorang muslimah.
Sahabat sejati adalah yang sentiasa ada ketika kita susah dan senang. Saling menegur kesilapan.. saling menerima teguran dengan rela hati .
3 Comments
sahabat yang baik adalah sahabat yang mendamaikan
BalasPadamBetul3 sahabat yang mendamaikan
PadamInsyaAllah suatu ari nnti kta berempat akn berjaya dlm idOp..Aq selalu dOakan kwn2 setiap kli aq bersujud kpd yg maha esa ...
BalasPadamCatat Ulasan