Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Hari sudah berginjak ke tarikh 21.04.2014 tidak berlama lagi, bulan yang di rindui bakal tiba. RAMADHAN. Bulan penuh barakah.

Awak-awak semua yang masih belum mengantikan puasa ramadhan tahun lepas bila nak ganti?. Jangan di tunggu-tunggu lagi..

Nanti jadi macam sesetengah orang "ish nanti-nantilah awal lagi ni" tup tup esok dah nak puasa, mulalah penyesalan menguasai diri.

Dan akhirnya puasa ganti lagi berganda. 



Lafaz Niat Ganti PUASA Ramadhan

نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى

Nawaitu sauma ghodin an' qada'e fardhu ramadhona lillahi taala

Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala

Di sini saya sertakan lafaz niat ganti puasa ramadhan khas buat mereka yang memerlukan.

Semoga iannya berguna.