Hari ini tergerak hati nak buat Tutorial memakai tudung.
"Wahhh.. Gorgeous Kau.." gumam di dalam hati sambil membuat aksi yang tidak dapat di fikirkan oleh orang biasa.
Sebenarnya....................kan...
Bukan Tutorial memakai tudung pun. Iannya adalah cara untuk Menutup AURAT dengan betul.
Ramai orang sudah salah anggap tentang AURAT.
Ada yang mengata bahawa memakai tudung itu sudah cukup menutup aurat, sedangkan hanya menutup kepala.. tuuu leher tuuu.. tuuu dada tuuu bukann aurat ke?...
Ada yang kata memakai tudung sudah mengikuti hukum menutup aurat, sedangkan memakai baju berlengan pendek.. tuuu tangan tuuu bukan aurat ke?...
Ada yang menyatakan bahawa mereka sudah menutup aurat dengan bertudung, sedangkan pakaian mereka pakai seperti tidak cukup kain.. tuuu ketat tuuu sehingga menampakkan bentuk tubuh.. bukan AURAT ke?
AURAT wanita seluruh badan kecuali muka serta tapak tangan.
http://wanwma.com/tag/kartun-muslimah/ |
Mari Menutup Aurat Dengan Betul!
Tudung
Tudung mestilah labuh, menutup dada, tidak jarang dan tidak terlampau menarik perhatian orang. Tidak boleh memakai sanggul tinggi sehingga begitu jelas kelihatan seperti bonggol unta.
Pakaian
Baju mestilah labuh, tidak jarang, longgar, tidak menampakkan bentuk badan dan tidak menggunakan warna yang terlampau terang, lengan baju mestilah sampai ke pergelangan tangan. Bahagian pergelangan tangan ke atas adalah aurat yang wajib ditutup.
Perhiasan
Perhiasan tidak boleh sehingga tabarruj, jangan kelihatan begitu terserlah dan bukan niat untuk menarik perhatian orang.
Kaki
Kaki adalah aurat, wajib ditutup. Pakai sarung kaki. Tidak boleh memakai gelang kaki yang berbunyi dan kasut tinggi yang menyebabkan bunyi sehingga menarik perhatian. Gunakan kasut tumit getah.
Pesanan untuk diri Sendiri juga yang selalu lalai...
Menutup aurat itu kewajiban...
Jika ada salah silap.. Minta di perbetulkan yee.. ^_^
1 Comments
Bwtul sekali kak, kebanyakn banyak yang tertutuop namun seperti terbuka.
BalasPadamCatat Ulasan