Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

3 Bulan

3 Bulan merupakan karya terbitan Kaki Novel. Hasil Nukilan Novelis Nuril Baharudin. 556 Helai muka surat menyaksikan pelbagai kisah antara Nuriz dan Wan Nazariel.

Pertemuan yang sebanyak dua kali tanpa di duga telah membuatkan hidupnya kucar-kacir dengan lelaki bernama Wan Nazariel. 

Tanpa diduga sebuah kebetulan terjadi sehinggakan mereka disatukan dengan ikatan suami isteri. 

Walaupun tiada kerelaan dari kedua-dua pihak.

Tidak habis-habis dengan Amarah nya, tanpa di sedari sekelumit sayang mula bertamu di ruang hatinya untuk Nuriz.

Pelbagai kisah romantik, lucu serta tragedi yang mewarnai hidup mereka berdua sementara untuk mendapat kebahagiaan Hakiki.

Sinopsis


"Dalam benci ada rindu yang mengisi... dalam marah ada sayang yang mula bercambah"
Tiga bulan bukannya kontrak cinta, bukan juga kontrak perkahwinan kerana dalam perkahwinan tak pernah wujudnya istilah kontrak. 

Kemalangan yang tanpa diduga mengakibatkan Nuriz terikat untuk bekerja dengan Wan Nazariel selama tiga bulan demi melangsaikan hutangnya kepada lelaki itu.

Nuriz: "Wait.. wait. Saya mana ada duit sebanyak itu. Kalau Rm30.00 ada la."
Wan Nazariel: "Rm30.00 tu buat apa? Kau ingat kereta aku ni kereta mainan ke hah? Aku tahu kau mesti tak mampu nak bayar punya. 

Tu la, lain kali jangan berlagak dengan aku ni. Okeylah. Kalau macam ni, senang cerita kau kerja dengan aku untuk tiga bulan sebagai ganti rugi kereta aku tu. Jadi budak hantar surat. Kebetulan dispatch kat opis aku tu pun baru aku pecat."

Dalam tempoh tiga bulan kontrak bekerja dengan lelaki itu, bermacam-macam dugaan yang perlu ditempuhi. Kena 'layan' kerenah Dorina, si receptionist yang tergila-gilakan Wan Nazariel dan juga perangai Wan Nazariel yang sukar diduga itu.

Kemudian, pertukaran status dirinya daripada 'Cik' kepada 'Puan' dalam keadaan tanpa dirancang ditambah pula dengan kehadiran Zefrul Arham, betul-betul mengucar-ngacirkan hidup Nuriz. 

Mujur ada sahabat baiknya, Mirna yang sering menjadi penguat semangatnya bila dia hampir putus asa.

Agak-agaknya berjayakah Nuriz menghabiskan tempoh tiga bulan itu untuk melangsaikan hutangnya kepada Wan Nazariel dalam keadaan kesabarannya sering diuji oleh kerenah Wan Nazariel itu?