Assalamualaikumusalam W.b.t & Salam Sejahtera 

Ketika semua orang asik membuat Jeruk Asam Boi yang mengiurkan itu. 

Saya pula mencuba resepi turun temurun dari kakak hihihi.. RESEPI JERUK ASAM MASIN 

Cuti semester kali ini di isi kan dengan mencuba resepi-resepi yang tidak pernah di lakukan oleh saya hihi. Oleh kerana sudah lama tidak berkongsikan resepi di laman notainsan ini. Dengan itu hari ini saya akan kongsikan RESEPI JERUK ASAM MASIN . 


RESEPI JERUK MANGGA ASAM MASIN



Bahan-bahan

6 Biji buah mangga (mengikut citerasa untuk buah apa yang mahu di gunakan) 

1 Senduk Gula (Secukup rasa)

1 Sudu teh Cuka (Secukup rasa)

6 Biji Asam masin (Secukup rasa)

Setengah cawan Air (Secukup rasa)

Cara-cara 

1. Mula-mula masukkan setengah cawan air, 1 senduk Gula, 1 sudu teh Cuka dan kemudiannya 6 Biji Asam masin kedalam periuk.

2. Kacau sehingga sebati kesemua bahan serta gula larut dan menidih.

3. Tutupkan api dan masukkan 6 Biji buah mangga yang telah di potong. Gaulkan sehingga sebati. 

4. Biarkan sehingga sejuk kemudiannya masukkan kedalam peti sejuk (mengikut citerasa kepada yang mahukan jeruk tersebut rasa sejuk dan segar) dan tunggu selama beberapa jam untuk sebatikan rasa dah boleh menjamu selesa. 

                                    Gula

       Buah mangga telur yang telah di kupas kulitnya

               Asam Masin berwarna merah
          Akan menjadikan warna jeruk nampak menarik serta memberi rasa yang cukup untuk jeruk


                Mangga yang telah di potong

                  Akhirnya inilah hasilnya
              Jeruk Mangga Asam Masin


Selamat mencuba..