Assalamuaikum.
Saya yakin, anda pasti kenal penulis terkenal Pak Hamka atau nama aslinya Haji Abdul Malik Karim Amrullah.
Di bawah ini kami senaraikan beberapa buah buku Pak Hamka yang dialih bahasa daripada Bahasa Indonesia kepada Bahasa Malaysia.
Senarai ini adalah pilih blog nota insan sendiri. Jika anda ada contoh tajuk buku yang ingin dicadangkan boleh dinyatakan di ruangan komen.
Senarai Buku Pak Hamka Bahasa Malaysia Yang Patut Anda Baca |
Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ini memang evergreen. Film tentang novel ini sudah diterbitkan pada tahun 2013.
Kisah percintaan sejati antara dua insan bernama Zainuddin dan Hayati yang terhalang oleh kerana perbezaan darjat.
Cerita dalam novel ini penuh dengan mesej dan emosi yang diadun cantik oleh Pak Hamka.
Anda yang mampu menghayati jalan cerita pasti mengalirkan air mata.
Kisah bermula apabila Zainuddin yang telah kehilangan kedua orang tuanya ingin mendapatkan kasih sayang daripada keluarga ibu dan bapanya.
Namun begitu, kedua-dua belah pihak tidak menerimanya kerana berlainan keturunan.
Ayahnya berdarah Minang, manakala ibunya berdarah Makasar.
Hidup Zainuddin berubah apabila bertemu gadis cantik iaitu Hayati.
Meskipun sudah berjanji sehidup semati namun, percintaan mereka terhalang kerana perbezaan darjat.
Zainuddin hampir menjadi gila kerana mendapat tahu bahawa Hayati dinikahkan oleh keluarganya dengan lelaki lain.
Setelah Zainuddin bangkit dan menjadi kaya-raya, mereka ditakdirkan kembali bertemu tetapi Zainuddin tetap berpegang pada janji kedua mereka iaitu menjadi sahabat Hayati setelah dia menikah.
Walaupun pada hakikatnya Zainuddin masih tetap mencintai Hayati.
Hayati akhirnya meninggal dunia di pangkuan Zainuddin setelah terlibat dalam kemalangan tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
Anda boleh dapatkan buku ini di >> Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
Novel Merantau Ke Deli
Novel Merantau Ke Deli |
Novel Merantau Ke Deli menceritakan kisah hidup rumah tangga seorang wanita Jawa bernama Poniem dan Leman yang hidup di perantauan.
Sebelum itu, Poniem merupakan isteri simpanan kepada seorang tuan tanah perkebunan di Deli.
Setelah berjanji setia dengan seorang lelaki yang bernama Leman, akhirnya mereka menikah dan memulakan hidup baru.
Kehidupan mereka bermula daripada susah dan perlahan-lahan berubah menjadi semakin baik berkat usaha Leman dan pengorbanan Poniem.
Setelah kehidupan mereka semakin kukuh Leman mengajak isterinya pulang ke kampung.
Namun begitu, langit tidak selalunya cerah.
Leman diminta menikahi seorang gadis muda yang lebih cantik oleh keluarganya.
Sejak dari itu, konflik dalam kehidupan Poniem semakin menjadi-jadi. Maklumlah kehidupan sebuah keluarga poligami.
Kalau ingin tahu bagaimana kisah selanjutnya, anda perlu baca buku ini. Dapatkan buku ini di sini >> Novel Merantau Ke Deli.
Buya Hamka Berbicara Tentang Wanita
Buya Hamka berbicara tentang Perempuan |
Buku Buya Hamka Berbicara Tentang Wanita menangkat martabat wanita menurut pandangan Islam.
Perempuan mempunyai peranan penting dalam kehidupan manusia tidak seperti yang dipegang oleh masyarakat jahiliah dan sebilangan kelompok moden kini.
Menurut Pak Hamka, wanita perlu dihormati, disayangi dan dipimpin.
Dalam buku ini juga diterangkan akan hak-hak wanita dan dakyah orientalis yang memandang serong terhadap wanita.
Anda boleh dapatkan buku ini di Buku Buya Hamka Berbicara Tentang Wanita
Penutup
InsyaAllah dari semasa ke semasa saya akan kemaskini buku-buku Pak Hamka di sini. Jika anda mempunyai pandangan atau cadangan boleh berikan komen anda di bawah.
Selamat membaca.
0 Comments
Catat Ulasan