Assalamualaikum

Alhamdulillah, saya diberi kesempatan membaca Buku Communicate Like Muhammad.

Sudah lama saya mencari sebuah buku yang mudah untuk dibaca dan difahami tentang cara hidupNabi Muhammad SAW khususnya mengenai cara percakapan baginda seharian.

Ya.

Memang banyak buku-buku kitab hadith yang bercerita dengan sangat terperinci tentang keperibadian atau sejarah hidup Nabi Muhammad SAW.

Tetapi jarang saya berjumpa dengan buku-buku yang mengkaji aspek psikologi Nabi Muhammad SAW dan disampaikan dalam bahasa yang mudah dibaca oleh masyarakat yang tidak ada latar belakang ilmu agama.

Setelah saya membelek buku ini, saya tertarik untuk membeli dan membacanya. 

Bagi saya penulis Buku Communicate Like Muhammad cuba mengkaji sunnah Nabi Muhammad SAW dalam berkomunikasi dan seterusnya berkongsi dengan pembaca.

Ia bukanlah membawa hukum atau sunnah baru. Buku ini memaparkan teknik dan kaedah yang terselindung di sebalik tirai hadith Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alayhi wa Sallam.

Jika anda mempunyai cadang buku-buku lain tentang Nabi Muhammad SAW yang mudah dibaca oleh orang yang bukan dari bidang agama, sila nyatakan pada bahagian komen.

Saya amat teruja dengan Nabi Muhammad SAW.


Buku Communicate Like Muhammad
Kaver Buku Communicate Like Muhammad


Pengenalan Buku Communicate Like Muhammad

Buku Communicate Like Muhammad diterbitkan oleh Publishing House Sdn. Bhd. pada 31 Dec 2021.

Penulisnya bernama Ahmad Saifuddin Yusof. Jumlah muka surat buku ini 192 halaman.

Di awal buku ini, penulis menerangkan apa yang dimaksudkan dengan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Buku Communicate Like Muhammad
Kaver dalam Buku Communicate Like Muhammad


Terdapat 2 jenis sunnah yang patut kita pelajari daripada Nabi Muhammad SAW untuk diamalkan iaitu Sunnah Tasyri'iyyah dan Sunnah Ghair Tasyri'iyyah.

Sunnah Tasyri'iyyah ialah sunnah yang disyariatkan seperti sunnah solat, puasah, haji dan lain-lain lagi.

Manakala Sunnah Ghair Tasyiri'iyyah pula bukan sunnah yang disyariatkan seperti cara Nabi Muhammad SAW makan, memakai tongkat, memakai baju dan lain-lain lagi.

Bagi sunnah berkomunikasi atau bercakap, ia terletak dalam kedua-dua jenis sunnah yang dinyatakan tadi.

Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh baca Buku Communicate Like Muhammad.

Buku Communicate Like Muhammad.
Kaver Belakang Buku Communicate Like Muhammad.


Pembahagian Umum Buku Communicate Like Muhammad

Secara keseluruhan, ada tiga bahagian utama yang terdapat dalam buku Buku Communicate Like Muhammad.

1. Nabi Muhammad SAW merupakan model terbaik untuk dicontohi oleh segenap manusia tidak kira yang muslim atau tidak. 

Dalam buku ini menunjukkan teknik dan cara berkomunikasi dengan orang lain ketika bersosial, memimpin dan memberi motivasi oleh Nabi Muhammad SAW.

2. Tonggak utama teknik komunikasi Nabi Muhammad SAW ialah konteks dan pilihan perkataan yang tepat.

Kita perlu berlatih menggunakan perkataan yang tepat mengikut keadaan dan situasi.

3. Nabi Muhammad SAW mengajarkan komunikasi yang betul akan menghasilkan kesan positif.


Contoh Isi Kandungan Buku Communicate Like Muhammad

Buku Communicate Like Muhammad
Isi Kandungan Buku Communicate Like Muhammad

Buku Communicate Like Muhammad
Isi Kandungan Buku Communicate Like Muhammad

Pembahagian Sunnah 

Buku Communicate Like Muhammad
Ciri-ciri genius komunikator Buku Communicate Like Muhammad

Buku Communicate Like Muhammad
Tatabahasa dalam Buku Communicate Like Muhammad

Buku Communicate Like Muhammad
Berkata Baik Buku Communicate Like Muhammad

Buku Communicate Like Muhammad
Ucapan yang baik Buku Communicate Like Muhammad

Buku Communicate Like Muhammad
Peristiwa burung Buku Communicate Like Muhammad

Buku Communicate Like Muhammad
Cara memuji Buku Communicate Like Muhammad

Buku Communicate Like Muhammad
Kenangan Pahit Buku Communicate Like Muhammad

Buku Communicate Like Muhammad
Nabi Muhammad juga menangis Buku Communicate Like Muhammad


Kesimpulan

Mungkin terdapat perkara yang bercanggah dengan amalan yang biasa kita lazimi setiap hari sama ada di rumah, di pejabat atau di dalam organisasi kita selepas kita baca Buku Communicate Like Muhammad.

Oleh itu, teknik dan kaedah komunikasi Nabi Muhammad perlu dilatih sentiasa supaya kaedah itu terikat kemas dalam komunikasi kita setiap hari.

Latihan setiap hari akan mewujudkan kelaziman baru dalam hidup kita sehingga dapat menghasilkan kesan positif ketika kita bersosial, mendorong dan memimpin orang lain.

Teknik dan kaedah dalam buku ini adalah universal untuk semua orang tidak mengira bangsa dan agama. 

Tidak ada bacaan ritual dan mentera tertentu untuk mengamalkan kaedah komunikasi Nabi Muhammad. 

Tiga langkah untuk mengaplikasikan teknik komunikasi gaya Nabi Muhammad SAW iaitu baca, faham dan amal.