Alhamdulilah pada hari isnin yang baru sahaja berlalu, saya berjaya membeli novel terbaru Ramlee Awang Mursid. Aku Bercerita.
Saya sangat teruja membacanya sehingga tidak mahu keluar dari bilik untuk menghabiskan jalan ceritanya yang penuh dengan pengembaraan.
Nama Ramlee Awang mursid Sentiasa meniti di bibir para pengemar novel thriller. Karya beliau selalu menjanjikan yang terbaik. (Dah macam tok abah dalam boboiboy pula hehe)
Syukur yang tidak terhingga kerana saya dapat menambahkan lagi koleksi karya Ramlee Awang Murshid.
Aku Bercerita agak berbeza berbanding dengan karya-karya beliau sebelum
ini meskipun masih menggunakan konsep yang sama iaitu thriller yang
mencakupi elemen misteri, aksi, suspens, seram, perkembangan isu-isu
semasa serta cinta.
Novel ini bersifat surealisme yang bersesuaian dengan kecelaruan seorang penulis novel yang mengalami writer's block.
Sinopsis
Seorang pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala Writer's block melanda.
Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat 'seseorang' menggunakan komputer ribanya.
Namun kelibat orang itu samar-samar.
Sebuah cerita yang ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya.
Teorinya - mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.
Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut.
Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya.
Kemudian.. semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma.
Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggunjawab menghuru-harakan kehidupannnya?
Ramlee Awang Murshid ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan.. andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya..
Ikuti jalan Ceritanya yang lebih mencabar dan suspens, rugi jika tidak baca hehe...
9 Comments
novel ni macam mana jalan ceritanya sebenarnya? huhu.. novelis cerita kan pengalaman dia sepanjang terbabit sepanjang dia berkarya ke? hhuhu..
BalasPadam(*mmg fans RAM..hehe..novel dia bnyk psiko n luar kebiasaan dr novel2 lain...)
mungkin ya mungkin tidak tetapi RAM ada menyatakan ada yg jadi betul dlm kehidupannya tetapi ada cerita yg kita rasa seolah2 dia..
Padamnovel ni ada 5 cerita yg berbeza seperti lima owg yg menulisnya dlm satu novel..selanjutnya dapat novel beliau...^_^
saya juga Fans RAM... novel karya beliau memang terbaik..hehe
Jalan cerita yang boleh menambat hati seseorang untuk terus membacanya.
BalasPadamjalan ceritanya seolah3 memberi rasa keinginan yg membuak-buak utk meneruskan pembacaan..
PadamEntri ini begitu menarik sekali
BalasPadamtrma ksh
PadamEntri ini dipos ke fb Ramli Awang Mursyid tak?
Padamsudah beli...hehe
BalasPadambestkan ceritanya.. ^_^..
Padamterbaik hehe
Catat Ulasan