Assalamualaikum.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang sebuah buku yang agak viral dalam kalangan rakyat Malaysia.
Buku ini sudah terjual lebih daripada 50,000 naskah.
Buku yang saya maksudkan ialah Buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah SAW.
Penulis buku ini ialah Dr Mohammad Ali Toha dan diterbitkan pada tahun 2021 oleh PTS Publishing House.
Harga buku ini RM15 sahaja.
Walaupun jumlah muka surat hanya 140 tetapi isi cukup istimewa.
Ia berkaitan kesihatan yang tidak boleh dipisahkan daripada setiap diri orang.
BUKU 365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH SAW |
Sinopsis Buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulllah SAW
Buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah menghimpun panduan gaya hidup sihat yang dirumuskan berdasar konsep kesihatan islami dan alami yang sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita 1400 tahun yang lampau.
Panduan yang terkandung dalam buku ini diperincikan dalam 365 tip harian yang dapat dilakukan dalam tempoh setahun.
Isi Kandungan
Berikut merupakan isi kandungan Buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulllah SAW.
BAHAGIAN 1: PENDAHULUAN
Penyembuhan Pintar (Smart Healing)
BAHAGIAN 2: 365 KAPSUL PINTAR NABI
Perilaku Pintar (Smart Behaviour)
Pemakanan Pintar (Smart Eating)
Ibadah Pintar (Smart Ibadah)
'Doa pintar (Smart ‘Doa)
Perubatan Pintar (Smart Medicine)
Persekitaran Pintar (Smart Environment)
Biodata
Isi BUKU 365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH SAW
Contoh Isi Kandungan Buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulllah SAW
BUKU 365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH SAW |
BUKU 365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH SAW |
BUKU 365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH SAW |
Kesimpulan
Kita semua mahukan kesihatan tubuh badan.
Selain kesihatan fizikal, kita juga mahukan kesihatan emosi, rohani dan sosial.
Ini kerana, badan yang sihat, emosi yang seimbang, jiwa dan rohani yang tenang dan hubungan sosial yang harmoni dapat menjadi kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
Sebenarnya, resipi kesihatan yang menyeluruh dan holistik ini sudah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita melalui rutin harian kehidupannya sehari-hari.
Buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulllah SAW dihasilkan untuk membantu pembaca mendapatkan rahsia kesihatan Rasulullah SAW.
Cara penyampaian yang ringkas dan santai memudahkan pembaca untuk memahami dan mampu mempraktikkan tip-tip yang diutarakan dengan mudah.
Rasulllah SAW wajib dijadikan contoh dalam segenap segi termasuk kesihatan juga. InsyaAllah pasti bahagia.
0 Comments
Catat Ulasan