Assalamualaikum

Siapa yang tidak kenal dengan ulamak popular dari Indonesia yang bernama Pak Hamka?

Pak Hamka bukan sahaja terkenal di seluruh Indonesia malahan lebih dari itu.

Beliau amat mahir dalam bab agama dan memberi sumbangan besar dalam sejarah Islam di Nusantara ini.

Pak Hamka dikenali sebagai seorang ulama terkenal Indonesia dan seorang penulis tersohor.


Sejarah Ringkas Pak Hamka


Pak Hamka


Nama sebenar Pak Hamka ialah Haji Abdul Malik Karim Amrullah. 

Beliau lahir pada 17 Februari 1908 dan meninggal dunia pada 24 Julai 1981.

Bapanya bernama Syekh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenali sebagai Haji Rasul.

Bapa Pak Hamka juga merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau selepas pulang dari Makkah pada tahun 1906.

Pak Hamka hanya mendapat pendidikan rendah sehingga gred 2 di Sekolah Rendah Maninjau.

Namun, ketika beliau berumur 10 tahun, bapanya membuka Thawalib atau sekolah fardhu ain di kampung halamannya Padang Panjang. 

Sejak itu Pak Hamka belajar dan menguasai bahasa Arab. 

Antara mentornya yang merupakan cendekiawan Muslim tersohor ialah Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo.

Aktiviti berdakwah Pak Hamka sudah bergerak sejak beliau berumur 17 tahun lagi. 

Pak Hamka menubuhkan Persatuan Hindia Timur di Makkah dan mengajar cara mengerjakan haji yang betul kepada jemaah haji Indonesia. 

Selain itu, Pak Hamka merupakan pengasas Kolej al-Muballighin untuk melatih pendakwah dan menerbitkan majalah dakwah seperti Pembela Islam, Merdeka, Menara, Pemandangan, Gema Islam, Pedoman Masyarakat dan Qathib al-Ummah.

Bukan itu sahaja, Pak Hamka merupakan ketua Majelis Ulama Indonesia, salah satu daripada pertubuhan agama Islam yang terbesar di Indonesia selain Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah. 

Panggilan "Buya" juga digelarkan kepada Pak Hamka diambil daripada perkataan Arab 'Abi' atau 'Abuya' yang membawa maksud ayah atau seseorang yang amat dihormati. 

Beliau banyak menghabiskan masanya dengan membaca buku falsafah, sastera, sejarah dan politik.

Pak Hamka juga gemar menyelidik karya-karya Arab dan Barat yang diterjemahkan kepada bahasa Arab seperti Karl Marx dan Arnold Toynbee.

Kegiatan menulis sangat dicintai oleh Pak Hamka. Semasa zaman penjajahan Belanda, beliau merupakan ketua editor majalah Indonesia seperti Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.

Beliau melibatkan diri dengan pertubuhan Muhammadiyah serta dilantik menjadi anggota pimpinan pusat Muhammadiyah. 

Pak Hamka sanggup berjuang demi tanah airnya dengan mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia.

Akibat daripada kelantangan beliau bersuara menyebabkan dirinya dipecat daripada jawatan umum Majelis Ulama Indonesia. Beliau juga pernah meringkuk di penjara bersama-sama tokoh Majelis Syura Muslim Indonesia (MASYUMI).

Selain hanya menjadi guru agama di Tebing Tinggi dan Padang Panjang, beliau juga menjadi pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiyah, Reaktor Perguruan Tinggi Jakarta dan Pengawai Tinggi Agama Indonesia.

Banyak sungguh aktiviti Pak Hamka yang diisi sepanjang hidupnya. Semoga Allah SWT merahmati rohnya.

Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA (Hardcover)

Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA (Hardcover)
Kaver Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA (Hardcover)


Pengenalan

Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA mula ditulis oleh Pak Hamka pada tahun 1939 dan berjaya disiapkan pada tahun 1961. 

Maksudnya, masa yang diambil oleh Pak Hamka ialah 22 tahun untuk menghasilkan sebuah buku yang menjadi buah tangan kepada umat Islam khususnya di Nusantara ini.

Subhanallah, terbukti sudah  bahawa Pak Hamka memang seorang yang istiqamah.

Anda pernah dengar kata-kata ini?
Consistency is the key of successful

Tujuan Pak Hamka menulis buku ini kerana semasa hanyatnya, beliau belum pernah berjumpa dengan sebuah tulisan yang menyeluruh tentang sejarah umat Islam.

Apa yang dimaksudkan oleh Pak Hamka ialah sejarah sebelum kedatang Islam, bagaimana Islam datang ke Tanah Arab sehinggalah Islam datang ke Nusantara.

Buku ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu, 

  1. Sebelum Islam datang ke Nusantara
  2. Semasa kedatangan Islam
  3. Selepas kedatangan Islam
Penerangan dalam Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA (Hardcover) amat teperinci dan menyeluruh.

Buku ini memang tebal. Terdapat 1080 muka surat.

Beliau cuba menyentuh pelbagai bidang seperti politik, sosiologi dan falsafah.

Bukan sahaja maklumat tentang sejarah yang disampaikan, tetapi juga Pak Hamka cuba membawa hikmah yang patut diambil pengajaran.

Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA (Hardcover)
Kaver Belakang Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA (Hardcover)



Isi Kandungan Umum Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA (Hardcover)

Pembahagian isi buku ini secara umumnya merangkumi beberapa bahagian. Antaranya:

TAMADDUN ARAB SEBELUM KEDATANGAN ISLAM
DUNIA SEBELUM KEDATANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
PEPERANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
KHALlFAH YANG BEREMPAT (KHULAFA’UR-RASHIDIN) [200]
KERAJAAN BANI UMAIYAH (UMAWIYAH)
KERAJAAN BANI ABBAS
KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ANDALUSIA
KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI AFRlKA
KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DIMESIR, SYAM, DAN SEMENANJUNG ARAB
PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM DI IRAN (PARSI), KERAJAAN MONGOL ISLAM, DAN DAULAT SAFAWIYAH
PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM DI INDIA DAN AFGHANISTAN
KERAJAAN TURKI UTHMANIAH
PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM DI NUSANTARA (ACEH, RIAU, SAMUDRA-PASAI, JAWA, MELAKA, DAN JOHOR)


Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA (Hardcover)
Isi Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA (Hardcover)

Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA (Hardcover)
Isi Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA (Hardcover)

Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA (Hardcover)
Isi Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA (Hardcover)

Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA (Hardcover)
Isi Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA (Hardcover)

Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA (Hardcover)
Isi Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA (Hardcover)

Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA (Hardcover)
Isi Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA (Hardcover)

Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA (Hardcover)
Isi Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA (Hardcover)

 

Isi Kandungan Lengkap Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA (Hardcover)

Bahagian Pertama

 

KEADAAN TANAH ARAB

 

Fasal I: ILMU BUMI [7]

Daerah Tanah Arab (7) Pembahagian tanah menurut politik (10)

Hasil bumi (11) Perhubungan lalu-lintas (14)

 

Fasal II: BANGSA [15]

Asal-usul (15) Keturunan (16) Percampuran dengan bangsa-bangsa lain (20)

Orang Badwi (21) Orang kota (23)

 

Fasal Ill: TARIKH ARAB SEBELUM ISLAM [29]

Penyelidikan zaman baru (29) [ARAB SEBELUM ISLAM]-Arab Purbakala (Baidah) (30)

Arab Musta’ribah (Arab Utara) (32) Raja-raja Tubba’ dan Himyar (33) Habsyi menaklukkan Yaman (35)

Habsyi menyerang Ka‘bah (36) Kekuasaan Parsi di Yaman (39) [ARAB SELATAN]- Amir-amir di Hirah (41)

Amir-amir di Ghassaan (44) Amir-amir di Kindah (46) Beberapa Raja yang lain-[ARAB SEBELUM ISLAM]-Amalik di Iraq (47)

Amalik di Mesir (49) [ARAB SELATAN]-Daulat Mu’iniyah (51) Kerajaan Saba’ (52) Kerajaan Himyar (53)

[ARAB UTARA]-Kerajaan Hirah (56) Amir-amir Ghassaan (59) Najd dan Hejaz (61)

[PENJAJAHAN ASING]- Mesir-Asyur (66) Babil- Parsi-Iskandar (67)

 

Fasal IV: TAMADDUN ARAB SEBELUM ISLAM [68]

[ARAB SELATAN]- Kerajaan dan Umat (70) Kemakmuran (73) Pemiagaan-Agama (74)

Bahasa [ARAB UTARA]- Bahasa (76) Pepatah dan petitih (78) Syair (79) Ahli Pidato (80) Agama (81)

llmu keturunan (85) Cerita pusaka (dongeng)-Tenung dan ramal (86) llmu bintang-Kepandaian berkuda, memanah (87)

Berbagai-bagai adat (88)

 

 

 

Bahagian Kedua


KEADAAN MUHAMMAD

 

Fasal I: DUNIA SEBELUM MUHAMMAD [90]

Kerajaan Rumawi (90) Partai-partai agama (91) Pertentangan bangsa Rumawi dengan Yahudi (93)

Parsi (94) Filsafat dan ilmu (96) India-Indonesia (100) Pandangan ahli-ahli tarikh Barat tentang dunia sebelum Muhammad (101)

Keadaan di Tanah Arab (104)

 

Fasal II: MUHAMMAD ANAK ABDULLAH [108]

Keturunan (108) Perkawinan Abdullah dengan Aminah-Kelahiran Nabi Muhammad (109)

Urusan menyusukan-Di dalam asuhan nenek, paman dan ibunya (110) Masa mudanya (111) Kehidupan sebelum diutus (112)

Pergaulan (113) Keberanian menghadapi kesukaran (114) Tidak mementingkan 
dunia-Menjaga martabat diri (115) Kebaikan pergaulan (116) Caranya memberi petunjuk (117)

Keteguhan pendiriannya (118) Kesanggupannya menyelami jiwa sahabatnya (120)

 

Fasal III: BEBERAPA PEPERANGAN [123] 

Perang Badar (124) Perang dengan bani Qainuqa‘ (125) Perang Uhud (126) Perang Khandak (Ahzaab) (127)

Makkah ditaklukkan (128) Perang Hunain-Islam mulai tersiar ke luar Tanah Arab (131) Perang Tabuk (132)

Rasulullah Wafat [PANDANGAN AHLl-AHLl SEJARAH TENTANG KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD S.A.W.)-Sedeliout (133)

Henri Du Castries (134) Jurji Zaidan (ahli sejarah Kristian) (135) Thomas Carlyle-Henri Masse ‘L’Islam’-Laura Veccia Vaglierie ‘Apologi del’ Islamisme’ (137)

Dr. Syibli Syamil (Kristian-Arab)-Barthelemy Saint-Hilaire-Gaudefroy-Demombynes (138) Hanna Dapenbrit-Voltaire-Edward Montet-Sedeliout (139)

B. Smith ‘Kehidupan Muhammad’-Goustav le Bon (140)

 

FasallV: FILSAFAT SERUAN NABI MUHAMMAD S.A.W. [140]

Seruannya tentang iktikad (Tauhid) menurut Al-Quran dan Hadis (140) Ibadat (142) Sopan Santun (144) Terhadap masyarakat wanita (148)

Perhambaan (156) Mencapai kebahagiaan diri (161) Keyakinan agama (163) Pelajaran politik dan hukum (168) [RIBA]-Penghidupan dan kemakmuran (177)

Bekas ajaran Rasulullah kepada jiwa bangsa Arab (188) [PENGARUH AJARAN 
MUHAMMAD)-Tolstoy-Mesmer (194) Desverges-Dr. Syibli Syamil (Intelek Arab Nasrani) (195) Cauzon-De von Bert-Sir Willian Muir (196)

Mesmer-David Orckohart-Ernest Renan-Edward Gibon-Bandeli Juzi (Arab Nasrani) (197) Herbert Spencer-Sedeliout-Goustave le Bon-R.V.C. 
Bodley dalam bukunya ‘The Messenger’ (198)

 

Bahagian Ketiga


KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM

 

Fasal l: KHALlFAH YANG BEREMPAT (KHULAFA’UR-RASHIDIN) [200]

1. ABU BAKAR AS-SHIDDIQ: Riwayatnya (200) Jadi Khalifah (201) Pidato Abu Bakar-Tentera Usamah (205)

Menaklukkan Parsi (208) Menaklukkan Syam (209) Wafatnya Abu Bakar (210)

 

2. UMAR BIN AL-KHATTAB:

Riwayatnya (210) Peribadinya (211) Peperangan di zamannya (215) Beberapa sebab yang memberanikan bangsa Arab

bertempur dan membuka pintu kemenangan (216) Umar Terbunuh (221)

 

3. USMAN BIN ‘AFFAN:

Riwayatnya (225) Terpilih menjadi Khalifah (226) Peperangan di zaman Usman (230) Usman dibunuh orang (231) Kematian Usman (234)

 

4. ALI BIN ABU THALlB:

Riwayatnya (236) Terpilih jadi Khalifah (237) Orang-orang yang diangkat Usman diberhentikan (238) ‘Aisyah. Az-Zubair dan Thalhah (241)

Perang siffin (242) Khawarij-Mu‘awiyah sehabis perang Siffin (246) Pembunuhan politik (247) Rahsia kemenangan Mu‘awiyah (248)

 

Fasal ll: KERAJAAN BANI UMAIYAH (UMAWIYAH) [250]

Mu‘awiyah Bin Abu Sufyan (250) Yazid I (253) Mu‘awiyah II Bin Yazid (255) Marwan Bin AI-Hakam -AbduI Malik Bin Marwan (256)

AI-Walid bin Abdul Malik (258) Sulaiman bin AbduI Malik (260) Umar bin Abdul Aziz (261) Yazid bin Abdul Malik-Hisyam bin Abdul Malik (262)

AI-Walid bin Yazid bin Abdul Malik-Yazid bin AI-Walid bin Abdul Malik (263) Marwan bin Muhammad bin 
Marwan bin AI-Hakam (264)

 

Fasal lll: KERAJAAN BANI ABBAS [266] 

Saranan bani Abbas (266) Abul Abbas As-Saffah-Abu Ja'far AI-Mansur (268) Al-Mahdi (271) Al-Hadi-Harun Ar-Rasyid (272) AI-Amin-Al-Ma’mun (274)

Al-Mu‘tasim (277) AI-Watsiq (278) Al-Mutawakkil (279) AI-Muntasir (280) Al-Musta‘in (281) Al-Mu‘taz (282) AI-Muhtadi-Al-Mu‘tamid (283)

AI-Mu‘tadhid (284) AI-Muktafi (285) AI-Muqtadir (286) Al-Qahir (287) Ar-Radhi 
(288) Al-Muttaqi-AI-Mustakfi (289)

 

Fasal lV: KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ANDALUSIA [293] 

Bani Umaiyah (293) Mulukut-tawa‘if (Raja-raja kecil) (298) Amir-amir bani Umaiyah (302) Khalifah-khalifah bani Umaiyah-Daulat Ziriyah

di Granada-Daulat Bani Hamud di Malaga (303) Raja-raja Daniyah-Najibiyah dan Hudiyah di Saracosta-Daulat ‘Amiriyah di Valencia-Daulat

bani ‘Abbaad di Ashbiliyah (Sevilla)-DauIat Jahuriyah di Qurthubah (Cordova) (304) Daulat bani Zin-Nun di Thalithalah (Toledo)-Daulat bani

Hamud di pulau Khadraa-Daulat Nasiriyah bani AI-Ahmar (Sepanyol) (305)

 

Fasal V: KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI AFRlKA [306] 

Bani Idris (306) Murabitin (307) Kerajaan Muwahhidin (309) Daulat bani Maryan (312) Bani Watas (316) Asyraf Sa‘diyin (317) Asyraf Hasaniyin (318)

Bani Zayyan-Bani Aghlab (320) ‘Ubaidiyin (Fatimiyin) (321) Bani Ziri (322) Bani Hafas-Husainiyah (323) Qarah Maneli-Daftar Kerajaan Islam di

Maghribi (Afrika Utara)-Bani Idris (Adarisah) (325) Kaum Murabitin-Kaum Muwahhidin-Bani Maryan (326) Asyraf Sa‘diyin (327) Asyraf Hasaniyin-

Bani Aghlab-‘Ubaidiyah (Fatimiyah) di Afrika (328) Bani Ziri (Sanhajah) di Tunisia-Bani Hafas di Tunisia-Husainiyah di Tunisia (329) Kara Maneli di Tripoli Barat (330)

 

 

Fasal VI: KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DIMESIR, SYAM, SEMENANJUNG ARABIA [330]

I. KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM MESIR:

Keturunan Toulon (330) Keturunan Ikhsyidi (332) Keturunan Fatimiyah (‘Ubaidiyah) (333) Keturunan Salahuddin (334) Kerajaan Mamalik Bahriyah (335)

Mamalik Jarakisyah (336) Muhammad ‘AIi Pasha (337) Keturunan bani Toulon-Keturunan bani Ikhsyid-Keturunan Fatimiyah (345) Keturunan Salahuddin

(bani Ayyub)-Khalifah-khalifah ‘Abbasiyah di Mesir (346)

 

II. KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DISYAM:

Bani Hamdan di Halab (349) Kekuasaan kepala-kepala kabilah (351) Saljuk Atta Bek, Bani Artaq-Keluarga Nuri di Syam (352) Ayyubiyin-[PERANG SALlB]-(354)

[KERAJAAN ISLAM DISYAM] -Bani Hamdan-Bani Mirdas di Halab-Bani Saljuk di Syam (367) Atta-Bek Damsyik-Atta-Bek Syam (Ramlah Nuriyah)-

Bani Ayyub di Hems-Bani Ayyub di Homat-Bani Ayyub di Damsyik (368)

 

III. KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI JAZIRAH ARAB:

Hejaz (369) Yaman (370) Kerajaan Yaman sekarang-Bahrein (372) Oman (373) Nejd (385) Muhammad bin Sa‘ud (386) Abdul Aziz bin Muharnmad Sa‘ud (387)

Sa‘ud Al-Kabir (390) Abdullah (392) Musyari (393) Turki bin Abdullah (394) Faisal bin Turki (395) Abdullah-Sa‘ud (396) Abdur Rahman-Abdul Aziz bin

Abdur Rahman AI-Faisal Al-Sa‘ud (397) Daulat Ja‘fariyah di Shan‘aa-Daulat Najahiyah (399) Ayyubiyin di Yaman (400)

 

Bahagian Keempat 

 

PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM KE NEGERI-NEGERI TIMUR

 

Fasal I: IRAN (PARSI) [401]

Furs. Parsi. Iran (401) Iran dan Islam (403) Sa‘ad bin Abu Waqqash di Qadisiyah (405) Usaha Iran mempertahankan keperibadian bangsanya(407)

Daulat Tahiriyah-Daulat Zaidiyah di Tabristan (408) Daulat As-Saffariyah (409) Bani Saman (410) Keluarga Imran bin Syahin-Bani Buaihi (411)

Daulat Sabaktakin (412) Keluarga Marwan-Kerajaan ‘Uqailiyah- Saljuk (414) Daulat Urtuqiyah-Ata-Bey (420) Kerajaan Para Syahdi Khawirizmi (421)

KerajaanGhauri-Syah di Armenia (422) Hasan bin Sabah (423) Kekuatan bangsa Mongol (424)

 

Fasal II: KERAJAAN MONGOL ISLAM DIIRAN [425]

Hulagu Khan (425) Abaqa Khan (426) Nikodar Khan (427) Aragon Khan Khaikha Khan (429) Ghazan Khan-Khudha Bandah Khan-Abu Sa’id(430)

Timurlane (432) Keturunan-keturunan Timurlane (434)

 

Fasal lll: DAULAT SAFAWIYAH [4

Pandangan Umum (436) Asal-usul Kerajaan Safawiyah (438) Ismail (439) Tahmasab (441) Ismail II (442) Muhammad Khuda Bandah-Abbas Syah (444)

Penyambut-penyambut warisan Abbas (447)

 

FasallV: NADIR SYAH [449] 

Afghan menduduki Iran (449) Siasat Nadir Syah (451) Menyerang India (456) Wansan Nadir Syah (461) Karim Khan (462) Warisan Karim Khan (465)

Kerajaan Kajariyah-Agha Muhammad Khan (467) Fatah AIi Syah (470) Muhammad Syah (473) Nasiruddin Syah (474) Muzaffaruddin Syah-Muhammad

AIi Syah (477) Riza Syah PahIevi (478)

 

Bahagian Kelima

 

PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM

DI INDIA DAN AFGHANISTAN

 

Fasal I: INDIA [482] 

Nama India-Hubungan dengan Arab (482) Mahmud Sabaktakin (485) Kerajaan Ghori (489) Mamalik di India (492)

KeIuarga Kilji (494) Keluarga Tugluq (495) Serangan Mongol (Timurlane) (496) Kerajaan Dekan dan Pecah-belahnya (498)

Akibat perpecahan-Kerajaan Wijayanagar dan Kehancurannya (499)

 

Fasal II: KERAJAAN MONGOL DI INDIA [500] 

Baber (500) Humayun (504) Sultan Akbar Agung (505) Jahangir (513) Syah Jehan (514) Aurangzeb (515)

 

FasallI: KERAJAAN MONGOL MULAI MENURUN [518] 

Sultan Muhammad Syah (518) Sultan Alam Syah (519) Bahadur Syah, Sultan yang paling akhir-Pemberontakan India (1857) (520)

 

Fasal IV: AFGHANISTAN [522] 

Afghan Dan Iran (522) Ahmad Syah Baba (523) Dust Muhammad Khan (525) Syir AIi dan saudara-saudaranya (526) Amir Abdur

Rahman Khan-Habibullah Khan (532) Amanullah Khan (533) Nadir Syah (535) Afghanistan di bawah pimpinan Zahir Syah (539)

[DAFTAR NAMA RAJA-RAJA DI SEBELAH TIMUR-Daulat Zaidiyah di Thabristan-Kerajaan Samaniyah (540) Bani Hamdan

di Mausil-Bani Buaihi di Iraq-Keluarga Imran bin Syahin-Kerajaan Sabaktakin (541) Kerajaan Marwaniyah-Kerajaan Uqailiyah di

Mausil-Saljuk Raya (542) Kerajaan Saljuk Karman-Kerajaan Saljuk diRumawi (543) Kerajaan Saljuk di Iraq-Raja-Raja Khawarismi

Syah-Kerajaan Urtuq (544) Daulat Urtuq (Raja-raja Mardin)-Syah-Syah di Armenia-Ata Bey di Mausil (545) Ata Bey di Luristan-Ata Bey

di Sanjar-Ata Bey di Jazirah (546) Ata Bey di Azerbaijan-Ata Bey di Persia (Calgariyah)-Kerajaan bani Ayub di Iraq-Daulat Ghoriyah di

Afghanistan dan India (547) Daftar nama-nama kerajaan (548)

 

 

Bahagian Keenam

 

DAULAT OSMANIAH

 

Fasal I: TlMBULNYA DAULAT OSMANIAH [550] 

Pendahuluan (550) Asal-usul kerajaan Osmaniah (553) Osman I (555) Ourkhan I-Murad I (556) Bayazid(559) Muhammad I-Murad II (563)

Sultan Muhammad Al-Fatih (Muhammad II. Penakluk Constantinopel) (576) Rencana penaklukan (578)Constantinopel menjadi ibu kota(588)

 

FasaI ll: JATUHNYA CONSTANTlNOPEL DAN SEJARAH [589] 

Bayazid II (590) Salim I (591) Sulaiman I (593) Salim II (602) Murad III (603) Muhammad III (605)Ahmad I-Mustafa I-Osman II (606) Murad IV (608)

 Ibrahim I (610) Muhammad IV (611) Sulaiman II (613) Ahmad II (614) Mustafa II (615) Ahmad III(616) Mahmud I (618) Osman III (619) Mustafa III (620)

 Abdul Hamid I (621) Salim III (622) Mustafa IV (628) Mahmud II (629) Abdul Majid I (634)Abdul Aziz(638) Murad V (641) Abdul Hamid II (642) Muhammad V

 (646) Muhammad VI (649)[PENUTUP](653)

 

 

Bahagian Ketujuh 

PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM DI NUSANTARA

 
Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA (Hardcover)
Isi Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA (Hardcover)

Fasal I: BANGSA INDONESIA PURBAKALA DAN KEPERCAYAANNYA [655]

Sebelum Sejarah-Nenek-moyang bangsa Indonesia (655) Bentuk badan (657) Kepercayaan (658)

Bahasa lama dan agama (661) Sisanya belum habis (662)

 

Fasal ll: PENGARUH HINDU DAN BUDHA [662] 

Kerajaan. Hindu Tua (663) Sriwijaya dan Sambojaya-Langkasuka dan Kataha (664) Tempat-tempat kerajaan lama: Syailendra. Kalinga dan

Mataram I-Kediri dan Singasari-Majapahit (665) Darmasyraya. Aditiawarman dan Pangaruyung-Majapahit dan Pasai Samudra-Bekas-bekas zaman lama (666)

 

Fasal lll: TERSEBARNYA AGAMA ISLAM DINEGERI-NEGERl MELAYU [668

Negeri-negeri Melayu dan hubungannya dengan Hindustan dan Arab (668) Di zaman permulaan sekali(670) Catitan dari Tiongkok (671) Langkasuka

dari Tanah Arab? (673) Kepercayaan turun temurun (675) Kesimpulan (680) Dari abad ke abad (684)Abad kesepuluh (687) Abad kesebelas-Abad kedua belas (688)

Mengapa tak lekas tersiar? (689) Berjalan terus dalam 14 abad (693) Pembagian zaman.(697)

 

Fasal IV: SAMUDERA-PASAI: KERAJAAN ISLAM YANG PERTAMA [701]

Pendahuluan (701) Al-Malikus-Saleh Raja Samudera I (702) AI-Malikuz- Zhahir I (1297-1326) (703) AI-Malikuz-Zhahir II (1326-1348) (704) Zainal Abidin (1350) (705)

Berita terakhir tentang Pasai (707) Pengembara dari Pasai (708)

 

Fasal V: KERAJAAN ISLAM MELAKA [709] 

Pendahuluan (709) Raja Melayu Hindu Singapura pindah ke Melaka-Permaisura. Raja Kecil Besar, Sultan Muhammad Syah (710) Pembangunan Kerajaan Melayu Islam (711)

Perhubungan dengan Tiongkok (718) Sultan Iskandar Syah (1414--1424)-Sultan Muzaffar Syah: Raja Besar Muda (1426- 1459) (721) Sultan Mansur Syah (1459-1477)

(724) Putera-putera Sultan Mansur Syah (729) Sultan ‘Ala’uddin Ri’ayat Syah (1477-1488) (730) Sultan Mahmud Syah (1488-1511) Mangkat (1528) (732) Portugis mulai datang

ke Melaka (735) Serongan Pertama Portugis (736) Kematian Bendahara (737) Jatuhnya Negeri Melaka(741)

 

Fasal VI: PERSEDIAAN MENYAMBUT ISLAM DITANAH JAWA [743]

Pendahuluan (743) Wali Sembilan (Songo) (744) I. Maulana Malik lbrahim-II. Raden Rahmat (Sunan Ngampel) (745) Ill. Makhdum Ibrahim/Sunan Bonang (746) IV.

Masih Ma‘unat (Sunan Drajat)-V. Maulana ‘Ainul Yaqin (Raden Paku, Sunan Giri) (747) VI. Orang Muda Muhammad Sa’id (Joko Said. Sunan Kali Jaga) (748)

 VII. Syeikh Ja’far Sadiq (Sunan Kudus)-VIII. Sunan Murio -IX. Fatahillah (Sunan Gunung Jati) (749)Syeikh Siti Jenar dan wali-wali yang lain-lain (750)

 

Fasal VII: ABAD KEENAM BELAS: KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DIJAWA [752]

[1] GIRl: Persediaan-Giri, pemerintahan ulama (752) [2]DEMAK: Raden Fatah (Pangeran Jinbun 1518) (754) Pangeran Sebrang Lor (Sultan Demak II 1518-1521)

(761) Sultan Terenggono (Sultan Demak III 1521- 1546) (762) Kemelut politik di Demak (766) [3]PAJANG: Adiwijoyo (768) [4]MATARAM: Ki Gede Pamanahan,

nenek moyang Raja-raja Mataram (wafat 1575) (770) Senopati Pembangunan Mataram Islam (1586-1601) (772) [5]BANTAM DAN CIREBON Fatahillah

(mangkat 1570) (774) Hasanuddin Sultan Banten I (1552-1570) (778)

Kesimpulan

Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA (Hardcover) boleh dijadikan rujukan bukan sahaja kepada anda yang memang terlibat secara langsung dalam bidang sejarah, malahan orang biasa yang ingin mengetahui perihal sejarah Islam juga boleh membacanya.

Kepada anda yang belum pernah membaca buku sejarah boleh mencuba membaca buku ini sebagai permulaan untuk menerokai hal ehwal sejarah yang lebih mendalam.

Buku ini seoalah-olah peta yang boleh membawa kita meneroka ke merata tempat.

Contohnya, apabila anda berjumpa tokoh yang belum anda kenal dalam buku ini membuatkan anda tertanya-tanya siapakan tokoh ini. 

Maka anda boleh membuat pencarian yang lebih mendalam dengan mendapatkan sumber-sumber lain.

Bacalah Buku Sejarah Umat Islam - HAMKA (Hardcover) ini. 

Kalau anda rasa halaman buku ini tebal dan mengambil masa yang lama, cuba bayangkan Pak Hamka yang sanggup menyusun buku ini selama 22 tahun.