Lagi beberapa hari cukuplah genap dua bulan saya mencari pengalaman di negeri kedah. Dalam masa tersebut pelbagai jenis ilmu telah saya ketemu. Betul lah cakap orang pengalaman dapat mematang kan diri.
Semoga pengalaman yang saya timba di mana-mana tempat dapat memberi impak yang positif kepada diri sendiri..
Sepanjang berada di Negeri Kedah Darul Aman perbagai tempat telah saya jelajah. Sehinggakan berjaya lulus mengambil lesen kereta di Pusat Memandu Pendang.
Walaupun jaraknya jauh itu tidak bermakna sukar untuk mendapatkannya.
Seperti peribahasa Dimana ada Kemahuan Disitu ada Jalan. Bukan seperti kata Adnan Sempit Di Mana ada Jalan, Disitu ada HIGHWAY.
Bersama abang cik, kakak dan nur alya haziqah di konsert gemilang universiti utara malaysia(UUM). Artis jemputan Black Mentor, Adira dan Nora
Di pusat memandu pendang.. saya terlalu teruja kerana pertama kali melihat kambing boleh bermain-main di pusat memandu.hehe
Di kolam renang UUM sintok. Oleh kerana kolam renang tersebut sangat dalam paras airnya. Dengan terpaksa menebalkan muka. Saya hanya mengunakan perkhidmatan kolam renang untuk kanak-kanak hehe.
Di kedah abang cik dan kakak berkesempatan membawa saya melihat tentera darat membuat latihan terjunan payung terjun. Sangat-sangat teruja.
Dapat melihat kambing dengan secara siaran langsung hehe. Pengalaman pertama kali melihat kambing ini masuk ke dalam rumah.
Dapat merasai suasana majlis kenduri kahwinan yang berlainan. Cara masakan dan sempat bergambar di sebelah rumah kenduri.
Alhamdulillah dapat melihat sendiri kawasan berhampiran thailand. tidak berkesempatan untuk menyeberangi ke thailand kerana tiada passport hehe. Dapat melihat orang kawasannya sahaja..
0 Comments
Catat Ulasan