Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Semenjak meninggalkan jejak di kelantan dan kembali ke negeri kelahiran saya perak. Begithu susah untuk saya mengemaskini notainsan. 

Setelah mendapat keputusan SPM, saya terus menjejakkan kaki di kedah pula. Waktu ini je lah untuk saya mengumpul pengalaman di negeri orang. 

Jika di kelantan saya tinggal bersama angah di UITM Machang. Di kedah pula saya tinggal di rumah kakak di UUM Sintok nun jauh ke utara malaysia. 

Disini saya berkesempatan mengambil Lesen Kereta. 

Pusat Memandu Pendang. Pasti anda terkejut jika sesiapa yang mengetahui tempat tersebut.. jenng..jeng.. suspen hehe..

Mana tidaknya cuba buka peta agak-agak berapa jauhnya pendang dengan UUM sintok

Abaikan je jarak tersebut. Kerana untuk mendapat kan sesuatu kita perlulah bersusah-susah dahulu dan kemudiannya bersenang-senang kemudian. 

Barulah boleh mengecapi kejayaan. 



   kad Ejen Pusat Memandu Pendang (PMP) 

Kereta Viva milik Pusat Memandu Pendang yang menjadi kenderaan pertama untuk saya belajar memandu(saya berada di tempat duduk sebelah pemandu kerana waktu untuk balik ketika mengambil gambar)

KCR **** nombor plat kereta viva tersebut..

Inilah bahagian dalam kereta tersebut..

Saya di ajar oleh cikgu Zahir. Nama macam Paksu saya pula hehe. Boleh tahanlah garang. Umur 29 sama dengan umur angah(saya tahu pun sebab kawan kepada abang cik saya).

Biasalah garang untuk mengajar.
 
Sebenarnya saya baru sahaja menghabiskan 8 jam belajar. Sekarang ini hanya tunggu untuk test JPJ pula. 

Pelbagai perasaan bercampur baul.. Takut..Gementar..Suka..Sedih..

Takut dan gementar sebab kena test JPJ..

Suka kerana selepas ini tidak perlu lah saya memikirkan hal lesen lagi

Sedih kerana selepas lulus je ujian tersebut pasti selepas ini saya tidak akan menjejakkan kaki ke tempat tersebut lagi..tak dapat jumpa cikgu yang garang tu..tak dapat datang ke pendang lagi..hehe(macam ini pun ada ke??)

*MOHON DOA SEMOGA SAYA DAPAT LULUS YE ^_^
AMINNNN...