Assalamualaikum.

Saya percaya, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia kenal dengan sosok tubuh yang bernama Prof Muhd Kamil Ibrahim.

Beliau cukup terkenal dalam bab motivasi Haji. 

Dahulu, saya pernah menghadiri sesi Ceramah Maghrib beliau di negeri Pulau Pinang. 

Antara syarat yang beliau letakkan jika mahu menjemput beliau memberi ceramah ialah:

  1. Tidak boleh memberi bayaran kepada beliau
  2. Jika beliau meninggal dunia di mana-mana tempat beliau berceramah, jangan bawa balik jenazahnya. Tanam terus jenazahnya di kawasan perkuburan yang berdekatan dengan tempat beliau berceramah.
Namun kini, kesihatan beliau kurang memuaskan, beliau banyak aktif secara online sahaja. 

Penulis Buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (Edisi Kemas kini) 


Nama tubuh beliau Muhd Kamil Ibrahim. 

Lebih dikenali sebagai Prof Muhd Kamil. Lahir pada 19 Mei 1964 di Besut, Terengganu. 

Berkahwin dengan Raudzah Roslan @ Roza Roslan pada 1989 dan dikurniakan anak bernama Sara, Azrai, Amirul dan Sofea.

Berkelulusan PhD daripada Universiti Wales, Sarjana daripada Universiti Dundee, Sarjana Muda dan Diploma daripada UiTM.

Prof Muhd Kamil Ibrahim adalah Profesor Perakaunan daripada Universiti Taibah, Madinah Al-Munawwarah, Arab Saudi. 

Beliau pernah menjawat sebagai Profesor Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 2003 hingga 2011. 

Beliau bukan sahaja berpengalaman luas dalam pengajaran, malahan juga dalam pengurusan akademik.

Prof pernah pernah memegang jawatan Dekan Fakulti Sains Sukan, Timbalan Pengarah UiTM Johor, Ketua Program Perakaunan, Ketua Pusat Pendidikan Luar dan Pegawai Khas kepada Naib Canselor. 

Beliau juga pengasas dan Pengarah Financial Reporting Research Center (FRRC) yang menjalankan kerja-kerja penyelidikan kepakaran bidang.

Prof Muhd Kamil memang gemar menulis. Beliau sentiasa melatih diri untuk menulis setiap hari.

Antara buku yang beliau tulis ialah buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman, Travelog Dakwah Meniti Hari Esok, 50 Tip Motivasi Haji, Bersyukur Saat Diuji, Anekdot Madinah: Benar, DIA Maha Mendengar, Ilmu Kehidupan, Bersamamu Di Firdaus, Travelog Haji Mengusik Hati, Karya Terakhir dan banyak lagi. 

Beliau juga banyak menulis buku kreatif. 

Antara tajuk buku yang beliau tulis ialah PhD: Kecil tapi Signifikan, Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti, Motivasi Minda Pelajar, Pelajar Cemerlang dan Motivasi Remaja. 

Beliau juga menulis buku kepakaran bidang seperti Value Relevance of Accounting Numbers, Financial Reporting in Malaysia dan Corporate Social Responsibility in Malaysia. 

Beliau juga menulis lebih 400 rencana dipelbagai media massa.

Buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (Edisi Kemas kini) 


Buku ini merupakan buku yang pernah menjadi viral pada awal penerbitannya pada tahun 2018 oleh penerbit PTS.

Bahkan, buku ini sudah terjual sehingga 100,000 naskah.

TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN (Edisi Kemaskini)
 BUKU TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN (Edisi Kemaskini) 

Buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman ini tidak hanya catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji yang merujuk pada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah sahaja.
 
Di dalamnya terkandung kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia. 

Penulis menukilkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim. 

Kepercayaan dan keyakinan kepada Penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada persoalan yang merunsingkan. 
 
Ia merupakan sebuah tulisan yang lahir daripada hati agar hati-hati pembacanya turut merasai.

Setiap pengalaman 35 hari di Mekah dikongsi dengan ditambah pengajaran yang penulis rasai ketika menunaikan ibadah haji di sana.

Buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka. 



Isi Kandungan Buku  Buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (Edisi Kemas kini) 

PROLOG

BAB 1: Aroma Haji 

BAB 2: Aku Manusia Jahil

BAB 3: Kad Jemputan 

BAB 4: Konsep Haji 

BAB 5: Jalan Pintas ke Syurga

BAB 6: Surat untuk Menteri

BAB 7: Siapa Jaga Anak

BAB 8: Pemeriksaan Kesihatan 

BAB 9: Bertaubat di Florence 

BAB 10: Tolol dan Tongong 

BAB 11: Cik Bedah, Anda Di Mana? 

BAB 12: Ujian Wak Lampu 

BAB 13: Mencari Keistimewaan 

BAB 14: Jangan Hantar ke Kelana Jaya 

BAB 15: Hotel Ekhwah 

BAB 16: Universiti Baitullah 

BAB 17: Ajaibnya Bumi Mekah 

BAB 18: Tolong Jaga Ibu Saya 

BAB 19: Malaikat ataupun Wali Allah 

BAB 20: Hadiah untuk Ibu 

BAB 21: Berkongsi Saf 

BAB 22: Strepsil di Masjidilharam 

BAB 23: Hajarulaswad 

BAB 24: Maal Hijrah di Mekah 

BAB 25: Kuat dan Bertenaga 

BAB 26: Teori Saf 

BAB 27: Talbiah 

BAB 28: Sesat di Arafah

BAB 29: Wukuf 

BAB 30: Sejuknya Muzdalifah 

BAB 31: Jamratul Aqabah

BAB 32: Tua di Mina 

BAB 33: Khatam Quran 

BAB 34: Ya Allah, Aku Ingin Tidur 

BAB 35: Rokok di Mekah 

BAB 36: Membeli-Belah 

BAB 37: Selamat Tinggal Mekah 

BAB 38: Nasi ataupun Solat 

BAB 39: Madinah Bumi Aman 

BAB 40: Tuhan Lebih Mengetahui

BAB 41: Sehelai Jubah Seribu Makna 

BAB 42: Dua Jam di Raudah 

BAB 43: Selamat Tinggal Madinah 

BAB 44: Haji Mabrur 

BAB 45: Cabaran Sebenar 

BAB 46: Haji Daud Tanjung Karang

BAB 47: Surau Kondo Kemuncak

BAB 48: Tulis Kisah Saya

BAB 49: Astaghfirullah 

Lampiran

Contoh Isi Kandungan Buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (Edisi Kemas kini) 

BUKU TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN (Edisi Kemaskini)
BUKU TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN (Edisi Kemaskini) 

BUKU TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN (Edisi Kemaskini)
BUKU TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN (Edisi Kemaskini) 

BUKU TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN (Edisi Kemaskini)
BUKU TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN (Edisi Kemaskini) 

BUKU TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN (Edisi Kemaskini)
BUKU TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN (Edisi Kemaskini) 

Review Buku Buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (Edisi Kemas kini) 

Di bawah ini adalah antara review pembaca buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman

“Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman adalah hasil karya yang menggoncang hati dan perasaan. Prof. Dr. Muhd Kamil berjaya membawa pembaca mengenal kebesaran Allah dengan gaya bahasa yang mudah, ringkas dan bersahaja.”

Dato’ Dr. Zaini Mohd Arief, pembeli 1000 naskhah pertama.

 

“Saya sudah membaca buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dan terdetik di hati, siapalah saya hendak mengulas buku yang ditulis dengan sebegini baik oleh profesor yang bersungguh menjalin hubungan paling istimewa dengan Allah.”
Norlela Zubir, penulis.

 

“Saya tidak menitiskan air mata, tetapi hati saya sentiasa berderap dan berdebar setiap kali membaca kisah-kisah di Tanah Haram. Buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman memberi gambaran betapa ia lahir daripada hati Prof. Dr. Muhd Kamil. Dan sudah pasti apa yang datang daripada hati akan jatuh ke hati jua.”
Ahmad Zulkarnain Jantan, ahli perniagaan.

 

“Sebuah buku ‘motivasi dakwah’ yang segar dan jujur untuk ‘orang biasa’ mencari keredaannya.”
Kamal, pembaca blog.

 

“Saya tidak percaya buku boleh mengubah saya, tetapi Travelog Haji sedikit sebanyak mengubah pandangan saya mengenai perkara itu.”
Fisha, penulis dan pengulas blog.


Kesimpulan

Buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman bukan sahaja patut dibaca oleh yang mahu pergi menunaikan ibadah Haji dan Umrah tetapi semua lapisan masyakarat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja.

Bagi mereka yang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji, buku ini mempunyai nilai yang tersendiri dan kemampuan cukup luar biasa.

Ceritanya boleh membuatkan anda menangis dan teruja dengan tanah haram Makkah dan Madinah. 

Misi utama buku ini ditulis adalah untuk meningkatkan keimanan diri kita yang mengaku menjadi seorang Islam beriman.

Apabila iman kita betul barulah berguna ibadah kita.

Contohnya ibadah Haji. Untuk menunaikan haji memerlukan banyak pengorbanan dan persediaan yang cukup teliti agar ibadah kita tidak sia-sia.

Bacalah buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman agar kita dapat merasakan sesuatu yang cukup bermakna untuk mengubah sempadan Iman kita sendiri.