Assalamualaikum

Tinggal bebeapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan yang mulia iaitu Ramadan Al-Mubarak.

Bulan yang amat ditunggu-tunggu oleh kekasih Allah SWT dan ahli barzakh kerana pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka seluas-luasnya.

Cuba anda fikir.

Pihak masjid terpaksa menyediakan Program Kursus Haji berminggu-minggu untuk dihadiri oleh mereka yang bercadang untuk menunaikan ibadah Umrah dan Haji.

Sedangkan ibadah Haji dan Umrah tidak semua orang boleh pergi. Hanya yang mampu sahaja.

Inikan pula ibadah puasa Ramadan yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam seluruh dunia, sepatutnya kita perlu mengikuti kursus lebih lama berbanding kursus Haji.

Oleh itu, mari kita membuat persiapan yang sebaiknya untuk menghadapi Ramadan yang akan kita tempohi dalam 30 hari akan datang.

Belajar hukum hakam tentang puasa

Hadiri kuliah pengajian dan baca buku-buku tentang puasa Ramadan.

Salah satu buku yang amat saya cadangkan anda membacanya ialah buku 111 Soal Jawap Fiqh Ramadan.

Pengenalan Buku 111 Soal Jawap Fiqh Ramadan

Buku 111 Soal Jawap Fiqh Ramadan menghimpunkan 111 soal jawab yang akan menjelaskan persoalan tentang fiqh puasa yang sering menjadi kekeliruan masyarakat umum saat menjelangnya bulan Ramadan.

Penulis buku 111 Soal Jawap Fiqh Ramadan ialah Ustazah Asma' Binti Harun dan Mohd Dzul Khairi Bin Mohd NoorHijrah pada tahun 2021. 

Buku ini terbitkan oleh syarikat Publication Empire.

Buku 111 Soal Jawap Fiqh Ramadan
Kaver Buku 111 Soal Jawap Fiqh Ramadan


Isi Kandungan Buku 111 Soal Jawap Fiqh Ramadan

Buku 111 Soal Jawap Fiqh Ramadan
Isi Buku 111 Soal Jawap Fiqh Ramadan

Buku 111 Soal Jawap Fiqh Ramadan
Isi Buku 111 Soal Jawap Fiqh Ramadan

Contoh Isi Kandungannya

Maksud Puasa dari segi bahasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan, minum dan bercakap.

Maksud Puasa dari segi istilah meninggalkan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat.

Orang yang ingin berpuasa tetapi tidak mampu berpuasa kerana perkara-perkara yang dibenarkan akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa.


Buku 111 Soal Jawap Fiqh Ramadan
Buku 111 Soal Jawap Fiqh Ramadan

Buku 111 Soal Jawap Fiqh Ramadan
Buku 111 Soal Jawap Fiqh Ramadan

Buku 111 Soal Jawap Fiqh Ramadan
Buku 111 Soal Jawap Fiqh Ramadan

Buku 111 Soal Jawap Fiqh Ramadan
Buku 111 Soal Jawap Fiqh Ramadan


Antara Persoalan Tentang Puasa Yang Timbul

  1. Sengaja membatalkan puasa untuk berjimak.
  2. Hukum menggunakan alat sedut (inhaler) semasa berpuasa.
  3. Suntikan vaksin semasa berpuasa.
  4. Tabiat mengorek hidung semasa berpuasa.
  5. Onani semasa berpuasa.
  6. Tidak pasti jumlah puasa yang perlu diganti.
  7. Berpuasa sunat sebelum ganti puasa.
  8. Puasa orang tua dan uzur.
  9. Berpuasa tetapi tidak solat terawih.
  10. Meneruskan sahur kerana yakin belum azan subuh.
  11. Mengapa nama bulan Ramadan diberi nama
  12. Bagaimana puasa orang terdahulu
  13. Doa orang yang bagaimana dimakbulkan
  14. Siapa yang memasuki pintu ar-Rayyan
  15. Adakah waktu yang diharamkan berpuasa
  16. Bagaimana cara untuk mendidik anak berpuasa
  17. Bagaimana yang dikatakan syaitan diikat dalam bulan Ramadhan
  18. Bagaimana kalau terlupa niat
  19. Bagaimana jika tersalah waktu berbuka
  20. Bolehkah meneruskan sahur kerana yakin belum azan Subuh

Kesimpulan

Kita semua sedia maklum bahawa ibadah puasa merupakan ibadah yang unik dan holistik.

Ia tidak tidak memerlukan anda berbuat apa-apa. 

Hanya menahan makan dan minum dalam tempoh masa tertentu serta meninggalkan perkara yang membatalkan puasa.

Namun begitu, perkara yang membatalkan puasa ini ada banyak.

Kita perlu belajar dan mengetahuinya agar ibadah puasa kita tidak sia-sia.


Ibadah ini juga mengajar kita menjadi seorang yang jujur, amanah atau berintegriti kerana sepanjang sebulan kita berpuasa tiada siapa yang tahu kalau kita berbohong. 

Hanya Allah SWT yang mengetahui.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.