Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..
Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta Bondaku
Di tepian mandi
Danauku yang hijau damai selalu
Nun di sanalah tempatku bertemu
Aku dan dia
Dendang Perantau nyanyi oleh P.Ramlee. Sangatlah memberi impak yang besar dalam diri ke semua Perantau. Termasuklah saya.
Perasaan yang pertama kali menjelma di dalam diri!!. Barulah dapat saya rasakan perasaan yang tidak terkira betapa seksanya.
Pertama kali menjadi perantau. Ohh..Terlalu sukar bagi saya menerimanya. Apatah lagi bila sahaja buka radio. Lagu-lagu yang berkumandang semuanya mengusik jiwa.
Ahhh..mahu sahaja saya menjerit. Melepaskan rasa yang membuak-buak. Untuk pulang secepat mungkin ke kampung halaman.
Semua lagu itu seakan mahu mempermainkan perasaan saya.( Sudah jadi tidak keliruan sehinggakan radio pun dipersalahkan hehe).
Di kesempatan ini, Saya pemilik blog Notainsan. Ingin mengucapkan Selamat hari raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin sekira terkasar bahasa, tidak menepati bahasa yang diinginkan di dalam blog ini hehe.
Bersederhanalah tika menyambut hari raya. AMARAN KERAS!!! Jangan sampai membazir di hari raya. Sesungguhnya membazir itu amalan syaitan.
Doakan semoga saya pulang ke kampung halaman dengan selamat oleh kerana Allah. Pulangku kerana Allah. ^_^
SELAMAT BERHARI RAYA!!!!!
personal
1 Comments
salam
BalasPadamlagu ini pernah dirakamkan di atas rumah oleh seorang remaja berbaju biru saat memegangn kamera kodak yang boleh rakam video.
Catat Ulasan