Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..


Tengah duduk seorang diri didalam bilik. Tiba-tiba rasa kesunyiaan. Walaubagaimana pun..diri ini tetap bersyukur. Alhamdulillah.. Allah masih memberi kesempatan pulang ke kampung untuk berhari raya. 

Bersyukur yang tidak terkira seperti yang pernah saya kata kan di entry yang sebelum ini iaitu Bulan Puasa di UITM Machang. Akhirnya rindu yang bertamu untuk mendengar suara di speaker surau terubat juga.

Terfikir juga bagaimana perantau yang tidak dapat pulang beraya. Bagaimana perasaan mereka??. 

Raya tahun ini semua anak-anak mak dan abah yang telah berkahwin. Beraya dirumah mentua seorang di Yan,Kedah..Seorang lagi di Jitra,Kedah dan yang seorang lagi beraya di Kuala Nerang, Kedah.  

Almaklumlah menantu mak dan abah semuanya orang kedah. Saya je tidak tahu lagi..(Lambat lagi huuhu)

Tinggal la saya yang masih belum berkahwin dan single hehe. Rindu sangat-sangat nak beraya seperti sebelum mereka berkahwin. 

Kenangan demi kenangan terimbau di fikiran seperti slide PowerPoint. 

Malam raya kami adik beradik akan bertungkus lumus mengemas rumah. Abah serta along dan angah awal-awal lagi sudah ke surau untuk mengalunkan takbir. 

Tanda bertapa gembiranya serta bersyukur yang tidak terkira dihati mereka kerana berjaya menyempurnakan rukun islam yang ke tiga itu.

Teringat kembali semasa raya yang pertama saya, mak dan abah tanpa angah, along dan akak. Hanya mendengar suara dari telefon sahaja untuk mengubat kesedihaan di hari raya. 

Saya seperti mahu menangis apabila mengenangkan mereka yang terpaksa beraya di rumah mentua. 

Kesedihan menyelubungi diri apabila melihat, abah hanya berseorangan mengalunkan takbir disurau tanpa peneman seperti hari raya yang sebelumnya. Walaubagaimanapun abah tetap tabah mengharunginya.

Mak pula seperti biasa sibuk dengan kain langsirnya yang masih tidak digantung. Namun begitu, jelas terpampang di wajahnya. 

Kesedihan mengenangkan anak-anaknya. Selalunya mak dan akak akan bersembang bersama semasa mengemas rumah di malam raya dan saya akan bergaduh dengannya(Perangai suka kacau kakak hehe)

Saya yang semasa itu masih tidak pandai berfikir terdetik dalam hati. Ish mereka sudah mengambil abang-abang saya dan akak. 

Mereka sudah merampas kegembiraan keluarga kami. Hahaha..bila mengenangkan balik macam manalah saya boleh berfikiran seperti itu. 

Raya ini sekali lagi saya dan mak abah beraya tanpa mereka. Tipulah kalau tidak terdetik di hati kesedihan yang bergolak. Tetapi itu adalah tanggungjawab mereka yang sudah berkeluarga..