Suami Aku Ustaz
Di dalam novel ini terlalu sarat dengan ilmu-ilmu yang berguna. Ilmu dalam Bidang Agama.Alhamdulillah dalam masa yang sangat singkat saya dapat menghabiskan novel ini dengan jayanya.
Semakin banyak membaca semakin banyak ilmu dapat di tingkatkan.
Suami Aku Ustaz terbitan karya seni di karang oleh Hannah Dhaniyah telah membuat impak yang sangat berkesan kerana baru-baru ini saya mendapat tahu.
Suami Aku Ustaz di adaptasi menjadi filem yang di bintangi oleh pelakon-pelakon terhebat seperti Addy Putra dan Nora Danish.
Sudah tidak sabar untuk menonton Filem yang masih belum pasti keberangkalian akan di tayangkan bila. Harap-harap best!!!.
Bila dia jeling aku tanda tak suka, mesti jantung aku melompat bagai nak gila!-Alisa-
Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
'Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah."
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila 'TIDAK" bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada.
Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, Kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka.
Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia? "Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya.
Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku.
Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk 'kelab peminat ustaz hafiz' sekirannya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak?
Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula." Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema?
Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
"cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. well, kau tahulah kan, Cita-cita aku ni tinggi.
Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, eveything is going to be well."
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik.
Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua?
Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?
0 Comments
Catat Ulasan