Notainsan kembali.... setelah sekian lama menyepi. Tamat je Exam... Terus kembali ke negeri kelahiran perak. Kecewa cinta di tolak kerana itu menyepi hehe.. (Saje nak buat ayat dramatis sikit).
Sepanjang berada di kampung, langsung tiada kesempatan untuk meninjau keadaan si Notainsan.
Sihat kah? Baik kah? Cukup ke makan? hehehe... Bila sudah dapat menaip, mula lah nak jadi naik gile, asik nak menulis benda karut je. Perkara yang tidak terjangkau dek akal pun tertulis(Alasan).
Biasalah, sudah nama pun kampung. Mak abah pun duduk berdua. Tak ada masa nak berfacebook, twitter, weChat atau aplikasi yang seangkatan dengannya.
Jadinya tidak terdapat langsung line internet di rumah saya.. itulah alasan kenapa selama ini saya menyepi. AMARAN jangan bangkitkan kontroversi(Cehh..dah macam artis, sedangkan tak ada siapa kisah pun, kau ada ke tak).
Lama ke tak lama saya menyepi.. Bayangkanlah sekarang ni tinggal sisa-sisa cuti semester je hehe. Rehat terlebih. Bina badan dirumah.
Ni lah kerja saya..Sepanjang Cuti..Menghabiskan novel yang masih belum dibaca..
Nampak kan antara novel menjadi simpanan peribadi saya. Ada antaranya Novel yang menjadi drama bersiri di TV.
Senarai Novel yang di adaptasi ke Drama
dalam simpanan sayaTeduhan Kasih
Love You Mr. Arrogant
Kampung Girl
Suami Aku Ustaz(Bakal di Filem kan)
dan LAin-lain(Bakal di terbitkan, namun tidak tahu kebarangkalian akan muncul di kaca TV.. hehe ada ke macam tu..Apa-apa pun boleh.. The Wedding Breaker,Lelaki Eksklusif)
1 Comments
banyakkan membaca adalah makanan minda..tapi jangan asyik baca novel semata-mata...aktif kan minda dengan mambaca buku-buku lain seperti motivasi dan agama
BalasPadamCatat Ulasan