Hari ini saya ingin meneruskan perbincangan tentang Ubat Hati yang pernah dibincangkan di sini. Dua perkara yang boleh dijadikan ubat hati adalah mendirikan solat malam dan membaca al-Quran serta maknanya.
Satu lagi perkara yang boleh dijadikan ubat hati adalah Berkumpullah Dengan Orang-orang Soleh.
Berkumpullah Dengan Orang-orang Soleh
Orang soleh memiliki ciri-ciri orang yang beriman yang boleh dilihat kepada keperibadian Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda. Tidak hairanlah mengapa Allah SWT mencintai orang-orang yang soleh.
Oleh yang demikian, kita digalakkan berkumpul dengan orang-orang soleh supaya hati kita dapat dirawat untuk menjadi tenang.
Ciri-Ciri Orang Soleh
Antara ciri-ciri orang soleh adalah mereka beriman kepada hari akhirat, sentiasa menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari perkara mungkar. Selain itu mereka juga bersegera dalam melakukan kebaikan.
Ciri-ciri orang soleh ini boleh dirujuk dalam Al-Quran yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud:
“Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan, mereka menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar dan bersegera kepada (mengerjakan) pelbagai kebajikan; mereka itu termasuk orang-orang yang soleh.”
Surah Al-Imran: 114.
Kelebihan Berkumpul Dengan Orang Soleh
Para sahabat Rasulullah SAW dahulu begitu beruntung kerana baginda sentiasa ada berdekatan dengan mereka. Sekiranya mereka mempunyai masalah atau kerungsingan terus sahaja mereka merujuk kepada Rasulullah SAW.
Sebab itu, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Bagaimana mungkin (tidak mungkin) kalian menjadi kafir, sedangkan ayat-ayat Allah dibacakan kepada kalian, dan Rasul-Nya berada ditengah-tengah kalian? Dan siapa saja yang berpegang teguh kepada (agama) Allah maka sesungguhnya dia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus." Surah Ali 'Imran: 101.
Oleh itu, orang-orang yang solehlah tempat rujukan dan dampingan kita. Jika kita ada masalah, bolehlah kita merjuk kepada orang-orang soleh ini.
Pada saya, salah satu cara mudah untuk kita berdamping dengan orang soleh adalah dengan menghadirikan diri dalam majlis ilmu.
In sha Allah kita bakal mendapat ubat bagi hati kita.
2 Comments
terima kasih perkongsianya yg baik ni, moga sama-sama kita dapat manfaatnya, insyaAllah
BalasPadamsama-sama..insyAllah amin..
PadamCatat Ulasan