Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera

Pada asalnya saya mendapat idea untuk menulis entri ini setelah mendengar sebuah lagi yang dinyanyikan oleh Opick yang bertajuk Tombo Ati.


Meskipun lagu ini telah lama diterbitkan, bagi saya ia tetap segar sampai ke hari ini dan akan datang. Ini kerana mesej yang ingin disampaikan adalah berkaitan kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Maksud Tombo hati dalam bahasa Melayu adalah ubat hati. Terdapat 5 ubat hati yang disampaikan dalam lagi ini.  

Opick's album 'Istighfar', which contains an a...
Opick's album 'Istighfar', which contains an adaptation of Tombo Ati, sold at least 180,000 copies. (Photo credit: Wikipedia)
5 ubat hati ini diilhamkan oleh kata-kata ulama sebagai panduan untuk kita semua. Ubat hati yang ke dua adalah solat malam dirikanlah.

Solat Malam Dirikanlah


Mengapa kita digalakkan bersolat di waktu malam?

Mendirikan solat tambahan diwaktu malam yang sunyi ketika orang lain sedang nyenyak tidur kerana merupakan suruhan Allah SWT.

    ” Dan di waktu malam bangkitlah sembahyang tahajjud sebagai sembahyang tambahan bagi ibadatmu semoga ALLAH membangkitkanmu di hari Akhirat dengan kedudukan dan darjat yang terpuji.” – (Al – Isra’ – 79)

Rasulullah SAW yang telah dijanjikan syurga baginya pun melakukan solat malam sehingga bengkak-bengkak kaki sebagai tanda bersyukur. Bagaimana dengan kita yang tidak sunyi daripada melakukan solat malam?

Inilah platform yang Allah SWT anugerahkan kepada kita.

Kelebihan Solat Malam


Ketenangan dan kedamaian bakal diraih oleh orang yang gemar bersolat malam. Selain itu, terdapat banyak lagi kelebihan orang yang bersolat malam.

Antaranya ialah Allah SWT akan membangkitkan diri kita di hari akhirat dengan kedudukan dan darjat yang terpuji.

Bahkan Allah SWT sedia mengampunkan dosa-dosa kita sekiranya kita bertaubat bersungguh di malam hari.

 Sejarah Kegemilangan Islam

Seandainya kita perhatikan sejarah kegemilangan Islam dari pelbagai aspek sama ada ketenteraan, pendidikan, ekonomi mahupun peperangan pasti kita akan berjumpa satu rahsia yang mereka tidak tinggalkan iaitu solat malam.

Lihatlah Sultan Muhammad Al-Fateh, Salehuddin Al-Ayubi, Umar Abdul Aziz dan ramai lagi. Mereka semua mejadikan solat malam sebahagian amalan rutin yang tidak ditinggalkan.

Marilah sama-sama kita cuba amalkan solat malam biarpun hanya dengan 2 rakaat solat tahajjud. Tetapi kita istiqamah dengan amalan tersebut.Enhanced by Zemanta