Kemelut Jiwa
Pernahkah rakan-rakan blogger sekalian terasa kurang bersemangat, lemah, berserabut dan tidak tenang? Soalan ini saya ajukan kerana saya sendiri sering merasakan perasaan ini. Saya juga tertanya-tanya kenapa wujudnya perasaan ini?
Puas saya mencari jawapan kepada soalan yang meragukan ini. Sehinggalah saya hadiri suatu majlis ilmu, Allah SWT memberi jawapan yang jelas kepada saya menerusi seorang ustaz.
Mencari Ubat Hati Berkesan
Dalam majlis ilmu itu, ustaz yang memberi kuliah menyatakan bahawa manusia acapkali di uji dengan jiwa yang tidak tenang. Kenapa perkara ini terjadi?
Antara punca jiwa tidak tenang adalah kerana hati kita sedang sakit. Hati kita boleh diumpamakan sebagai tubuh fizikal kita. Ada ketikanya ia mengalami kesakitan.
Oleh itu, ia perlukan ubat untuk merawatnya. Untuk mengubat hati ini terdapat pelbagai cara sebenarnya.
Di sini saya senaraikan 5 perkara yang boleh mengubat hati kita menurut ulama.

5 Ubat Hati Berkesan
- Baca Quran dan maknanya
- Solat malam dirikanlah
- Berkumpullah dengan orang-orang soleh
- Perbanyakkan berpuasa
- Zikir malam berpanjanglah
Lantaran itu, marilah kita merawat hati kita dengan ubat yang dinyatakan di atas semoga kita sentiasa tenang dan damai.
6 Comments
betul2 :)
BalasPadamTerima kasih banyak-banyak
Padamterima kasih..^_^
PadamDatanglah lagi
Padamsaya tag awak di sini.. http://memburucintamu.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-tambah-followers-blog-by.html
BalasPadam:)
ok..terima kash
PadamCatat Ulasan