Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera

Bagi menyambung perbincangan tentang 5 Ubat Hati, entri kali ini saya ingin kongsikan perkara seterusnya iaitu Perbanyakkan Puasa.



Perbanyakkan Puasa 

Dalam rukun Islam, terdapat satu perkara yang wajib dilakukan oleh umat Islam ialah berpuasa di bulan Ramadhan.

Berpuasa merupakan aktiviti yang dapat mendidik hati dan menguatkan jasmani kita.

Tanggapan bahawa amalan berpuasa melemahkan diri adalah salah kerana dalam sejarah Islam, terdapat peperangan yang berlaku di zaman Rasulullah SAW. Bahkan dalam peperangan tersebut, tentera Islam berjaya mengalahkan tentera kafir.

Selain berpuasa di bulan Ramadhan, kita juga digalakkan berpuasa sunat agar hati kita lebih tenang dan damai.

Di sini saya senaraikan beberapa jenis puasa sunat.

Jenis-jenis puasa sunat

  1. Puasa enam iaitu puasa yang dijalankan selama enam hari dalam bulan Syawal. Puasa ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal sama ada secara berturut-turut atau tidak.
  2. Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 haribulan hingga 8 haribulan Zulhijjah.
  3. Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 haribulan Zulhijjah.
  4. Puasa pada 9 haribulan Muharram.
  5. Puasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram.
  6. Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
  7. Puasa dalam bulan Sya'ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya'ban.
  8. Puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis.
  9. Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah.
Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama beramal semampu boleh agar disayangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Moga-moga amalan ini menjadi ubat hati kita yang sentiasa bergolak.