Pakar Motivasi Inspirasi - Prof. Muhaya betul-betul menyentuh jiwa ini.  Bukannya mengikut trend, tapi bila dah berkali-kali


Beliau sering menyebut:


"Maaf jikalau saya tegas dan kasar..."

"Siapa yang tidak memberi duit kepada mak dan ayahnya tiap-tiap bulan - hidupnya memang tidak berkat..."

"Orang yang marah - kita anggap beliau sebagai seorang budak 5 tahun.  Kita kesian"
"Makanan jiwa adalah ilmu. Orang yang masalah - banjiri jiwa dengan dengan lautan ilmu Allah".

"Setiap lelaki yang berlaku kurang sopan, sumbang laku terhadap wanita akan kembali kepada anak cucu cicit sendiri"

"Kita boleh beribadah setakat ilmu yang kita ada.  Allah yang jadikan kita tidak pandai.  Teruskan belajar."
"Orang yang berjaya, kata-kata mak ayah dia adalah baik-baik.  Tengok bahasa yang digunakan oleh ibu bapa."
"Belajarlah ilmu tasawuf"
"Anak yang nakal - kurang perhatian"
"Marah diri dulu - baru marah anak.  Ada atau tidak anak lahir dalam keadaan lapar"
"Maafkan diri sendiri, maafkan suami, maafkan anak dan peluk anak.  Ucapkan kata-kata  motivasi yang baik-baik kepada anak"

Itulah ayat-ayat ringkas dan mudah difahami yang membuatkan jiwa ini sentiasa merindui inspirasi beliau.


Salah satu amalan yang melekat dalam kepala adalah solat sunat Dhuha sebagai membalas budi rahmat kurniaan sendi-sendi anggota badan.


Banyak kelebihan solat sunat dhuha untuk umat Islam.  Team Hijrah ada menyenaraikan kelebihan solat sunat tersebut secara terperinci bersama rujukan ayat Al-Quran berkaitan di sini.


Dalam blog http://pakcikli00.wordpress.com ada kongsi poster Solat Sunat Dhuha.


So, rujuk tajuk diatas, cara mudah solat sunat dhuha, boleh print image dibawah ni, tampal di mana-mana sudut dalam office untuk ingatkan supaya solat setiap hari.


Mudah kan?


Selamat beramal...