Lelaki
eksklusif terbitan karya seni. Dikarang oleh Novelis bernama Wan Awliya Rayqal.
Mempunyai 413 helai muka surat sahaja.
Iannya mempunyai gaya tarikan tersendiri
sehinggakan ada ura-ura mengatakan novel ini akan di drama@ di filem.
Watak
utamanya Wan Mukriz Asraf bin Wan Amran seorang lelaki yang dianggap eksklusif
bagi Heroin nya Nora Danisha. Bersama Musuh ketat Wan Mukriz iaitu Wan Ariff.
Wan Mukriz
seperti di anak tirikan oleh keluarganya sendiri, manakala Wan Amran ayahnya
sendiri seperti hidup didalam dunia sendiri setelah kematian isterinya iaitu
ibu kepada Wan Mukriz.
Nora yang
berkelakuan agak sempoi, bagi orang tidak mengenali pasti akan berasa pelik.
Disebalik kelakuannya,dia menyembunyikan
masalah keluarganya yang di tanggung.
Wan Ariff
abang tiri kepada Wan Mukriz. Anak kepada isteri kedua Wan Amran. Perkahwinan
Wan Amran dan ibu kepada Wan Ariff ini di atas ke hendak Nenek mereka. Pelbagai
konflik berlaku di antara mereka.
Sinopsis
Semua yang aku lakukan ini, eksklusif untuk dirimu. Aku ingin kau rasa bertuah hidup bersamaku.
Nora hanya
gadis biasa-biasa saja. Tak serupa perempuan langsung. Tapi di mata Wan Mukriz,
Nora sangat istimewa. Jado Tak salah dia serahkan hati dan persaan buat gadis
comel itu. Namun sangka Nora, Wan Mukriz sekadar bergurau. Apalah yang diharap
kepada gadis sepertinya. Jadi Nora buat bodoh saja.
"Kalau
saya cari girlfriend, saya cari macam Nora."
"Uiks,
Kalau macam tu ambik Nora saja tak boleh?"
"Serius?"
"Ngee,
melampu bos ni,"
"Nora,
saya serius ni,"
"Ya
ke?"
Kemesraan
yang terjalin, menjadi halangan apabila Wan ARiff, abang sebapa Wan Mukriz juga
menaruh hati terhadap Nora.
Mahu memiliki Nora tanpa mempedulikan perasaan Wan
Mukriz. Akhirnya, Wan Mukriz mengambil keputusan untuk menikahi Nora tanpa
pengetahuan sesiapa.
Dan Nora terima lamaran Wan Mukriz demi Menyelesaikan
masaalah peribadinya.
Mereka
bahagia, namun bahagia mereka bersulam resah. Wan Ariff tak sudah datang
menggangu tanpa disedari yang menjadi idamanya itu ialah adik ipar sendiri.
Mampukah mahligai bahagia yang dibina dalam rahsia itu bertahan sedangkan Wan
Mukriz tidak sanggup untuk berpisah dengan Nora?
Jom kita
menyingkap perjalanan cerita cinta antara Wan Mukriz dan Nora serta Wan Ariff
yang juga mencintai Nora. Pelbagai pergolakan yang berlaku di dalam keluarga
besar ini.
1 Comments
Sangat menarik kisah tersebut.
BalasPadamCatat Ulasan