Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Keadilan Tuhan merupakan kisah 1 daripada buku Keajaiban Firasat 63 Kisah Pengubat Jiwa. 



Kisah 1    

Keadilan tuhan

Antara munajat nabi muda a.s. kepada Allah di bukit Tursina ialah, “Ya Allah, tunjukkanlah keadilan-Mu kepadaku.”


Allah berfirman kepadanya, “jika aku menampakkan keadilan-ku kepadamu, engkau tidak akan dapat bersabar dan tergesa-gesa menyalahkan ku.”


Nabi Musa a.s. berkata, “ Dengan taufik daripadamu, aku akan dapat bersabar menerima dan menyaksikan keadilan-mu.”


Allah berfirman, “pergilah engkau ke tempat yang ada mata air. Bersembunyilah di tempat tersebut dan saksikan apa yang akan terjadi.”


Nabi Musa a.s. pergi ke tempat yang ditunjukkan. Baginda naik ke atas bukit dan bersembunyi sambil memerhatikan sesuatu yang dijanjikan Allah.


Tidak lama kemudian, datang seorang penunggang kuda. Dia turun dari kudanya, kemudian berwuduk dan meminum air dari mata air tersebut. 


Kemudiannya dia bersolat dan meletakkan satu karung berisi 1000 dinar di tepinya. Selepas itu, dia pergi dengan terburu-buru sehingga terlupa karungnya.


Tidak lama selepas itu, datang seorang anak kecil. Dia meminum air dan melihat karung yang ditinggalkan. Dia mengambilnya dan terus pergi dari tempat itu.


Selepas itu, datang pula seorang lelaki buta. Dia minum dan berwuduk, lalu bersolat. 

Selepas Dia berkata kepada lelaki buta, “Kamu telah mengambil karungku yang berisi dinar di sini.”
 

Lelaki buta terkejut dan berkata, “Bagaimana aku boleh mengambil karung tersebut sedangkan aku tidak boleh melihat?”


Penunggang kuda tetap berkeras, “Kamu jangan bohong kerana tidak ada orang lain selain kamu di sini.”


Lelaki buta menjawab, “Betul, hanya aku di sini. Tetapi kamu sendiri tahu aku tidak boleh melihat.”


Penunggang kuda meninggikan suaranya, “mengambil karung tidak semestinya dengan mata, tangan pun boleh melakukannya!”


Oleh sebab terlalu marah, dia membununh lelaki buta tersebut. Selepas itu, dia cuba mencari-cari karung pada badan lelaki buta, tetapi tidak menjumpainya. 

Dia pun berlalu dan meninggalkan mayat lelaki buta di situ.

Selepas melihat kejadian tersebut, Nabi Musa a.s. berkata, “Ya Allah memang benar kata-mu, ia benar-benar menguji kesabaranku. 

Namun, aku yakin sesungguhnya Engkau Maha Adil.”


Selepas itu, jibril a.s datang dan berkata, “Allah memerintahkan aku agar menyampaikan penjelasan-Nya kepadamu. 

Dia mengatakan bahawa Dialah yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib yang engkau tidak ketahui. 

Dia menyebutkan bahawa anak kecil yang mengambil karung berisi dinar telah mengambil kembali haknya semula. 

Dahulu, ayahnya pernah bekerja dengan lelaki penunggang kuda tersebut, tetapi tidak pernah dibayar gaji. 

Jumlah gaji yang harus dibayar kepadanya sama dengan jumlah dinar yang ada di dalam karung tersebut. 

Lelaki buta yang dibunuh tadi sebenarnya adalah pembunuh ayah kepada anak kecil tersebut sebelum dia buta.”


(Dalam islam, orang yang membunuh orang lain akan dikenalkan hukuman qisas iaitu dihukum bunuh juga)