Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Sibuk.. 

Tiadalah sibuk macam menteri hehehe..


Cuba focus untuk semester akhir di UITM machang sebagai pelajar diploma pengurusan maklumat. Inshallah dengan izin Allah..

yaa.. Ini adalah tahun terakhir bergelar pelajar diploma..

Dan sedang melalui hari-hari peperiksaan akhir untuk sesi Mac 2016. 

Satu kertas sudah berlalu tinggai lagi tiga kertas. Untuk semester 5 ini. Ada 6 subjek sahaja. 2 Final test dan 4 Final exam. 

Maknanya tiga sudah berlalu tinggal lagi tiga yang perlu dihadapi. Semoga Allah berikan kekuatan..ketenangan untuk menghadapi Aminnnn..

Perancangan untuk selepas diploma??

Jika diizinkan oleh Allah. Nak sambung ke peringkat yang seterusnya.. 

Sebenarnya sudah sebulan mimpi dibayangi program apa yang nak di isi di dalam penerapan ke UITM. Ada tiga pilihan sahaja. Tapi yang sangat perit dibuat adalah keputusan untuk pilihan pertama antara ketiga-tiga pilihan. 

Kenapa?

Yela.. Probability untuk dapat apa yang kita minta  di pilihan pertama sangat tinggi. Walaupun sebenarnya ada saja yang tak dapat pilihan pertama tu..

ok sekarang ni aku nak cerita program ijazah apa yang ada dibawah fakulti pengurusan maklumat. 
Yang telah membuatkan aku terasa sangat buntu untuk memilih. 


Logo Fakulti Pengurusan Maklumat

Semuanya.. ada empat sahaja program untuk degree level..


ataupun dalam nama melayunya

  • Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Pengurusan Perpustakaan) - IM244
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Pengurusan Sistem Maklumat) - IM245
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Pengurusan Rekod) - IM246
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Pengurusan Pusat Sumber) - IM247
Nak tahu keterangan tentang semua program tu.. Korang semua boleh klik di tulisan dan klik SINI untuk terus ke website fakulti pengurusan maklumat. 

Sampai termimpi3 asik sangat memikirkan yang terbaik untuk diri aku.. ciaciacia..haha.. Macam tajuk lagu Siti Nurhaliza pulak "Terbaik Bagimu"..

Empat3 program tu semua basic dia aku dah belajar. Basic jela.. Tapi tahu dah la serba sedikit tentang mereka empat ketul tu..Eh ayat aku? Macam manalah boleh dapat A untuk subjek Bahasa Melayu SPM dulu.. Confuse dengan diri sendiri.."ok dah start merapu"

Nak tahu apa yang membuatkan aku confuse tahap mandi tak basah tidur tak lena.. tapi makan kenyang.. Nanti aku update entry yang seterusnya.. dadadadadadada.. cauuuuuuu dulu...