Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Hari ini saya akan kongsikan kisah 5 dari buku Keajiaban Firasat 63 Kisah Pengubat Jiwa yang sarat dengan pelbagai pengajaran yang berguna.



Kisah 5 


Sayidina umar dan budak kecil penggembala kambing

Abdullah bin dinar berkata, “Suatu hari aku keluar menuju makkah bersama umar bin al-khattab. Kami berhenti sebentar di tengah perjalanan untuk berehat. 

Ketika itu, kami melihat seorang budak kecil sedang turun dari bukit. Dia adalah seorang penggembala kambing.

Ketika bertemu dengannya, umar berkata “ Wahai penggembala, jualkanlah seekor kepadaku kambing ini.”

Budak itu menjawab, “aku hanya pengembala yang menjaga kambing ini. Semuanya ini kepunyaan tuanku.”

Umar mengujinya, “Nanti beritahu sahaja kambing ini dimakan oleh serigala.”

Budak itu menjawab kembali, “Jika itu yang aku katakan nanti, jadi di mana Allah?”

Mendengar jawapan itu, umar menangis. Kemudian dia menghampiri budak itu, lalu membeli dan memerdekakannya.

Umar berkata kepadanya, “ kata –kata kamu tadi membebaskan kamu daripada penghambaan di dunia, semoga nanti di akhirat, kata kata kamu itu dapat membebaskan kamu daripada seksa api neraka.”

(Abu abd ar-rahman adalah nama sebenar Abdullah bin dinar al-qurasyi al-‘adawi al-madani, sahabat nabi. Hadisnya banyak diriwayatkan oleh anaknya abd ar-rahman. Meninggal pada tahun 127h.)

(umar bin khatab bin nufail bin abdul izzi bin rabah. Dipanggil abu hafash dan mendapat gelaran ‘al-faruq’ (yang membezakan yang hak dan batil). Masuk islam ketika para  penganut islam ketika para penganut islam ketika itu hanya sekitar 40 orang. Meninggal pada tahun 23h, dalam usia 63 tahun.)