Alhamdulillah, hari ini saya akan kongsikan kisah 6 daripada buku Keajaiban Firasat 63 Kisah Pengubat Jiwa. Semoga ianya membawa manfaat kepada kita semua.
Kisah 6
Kasih sayang Allah melebihi kasih sayang seorang ibu
Sayidina
umar bin al-khattab menceritakan bahawa, ketika tawanan perang dibawa menghadap
rasulullah dan di antara mereka ada seorang wanita yang menyusukan anaknya.
Dia
memegang anaknya dengan erat dan mendakapnya dengan penuh kasih sayang.
Rasulullah
berkata, “apakah kamu fikir perempuan ini akan mencampakkan anaknya ke dalam
api neraka?”
Para sahabat
menjawab, “Tidak, demi Allah. Dia tidak akan sanggup sanggup mencampakkan
anaknya ke dalam api neraka (kerana kasih dan sayang terhadapnya).”
Rasulullah
bersabda, “Demi Allah, dia lebih sayang kepada hamba-nya yang beriman daripada
perempuan ini sayang kepada anaknya.”
0 Comments
Catat Ulasan