Assalamualaikum 

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda sebuah yang berjudul Diari Tadabbur: Bercinta Dengan Al-Quran.

Buku ini dihasilkan bersempena mengisi ruang masa sepanjang 30 dalam bulan Ramadhan.

Namun begitu, Al-Quran bukan hanya sekadar untuk dibaca dan ditadabbur dalam bulan Ramadhan sahaja.

Sepatutnya, semangat membaca dan tadabbur al-Quran perlu diteruskan lagi sepanjang bulan-bulan berikutnya sehingga kita bertemu kembali bulan Ramadhan akan datang.

Kenapa anda perlu membaca buku Diari Tadabbur: Bercinta Dengan Al-Quran?

Jom baca selanjutnya.

Diari Tadabbur: Bercinta Dengan Al-Quran
Diari Tadabbur: Bercinta Dengan Al-Quran


Kelebihan Diari Tadabbur: Bercinta Dengan Al-Quran


✅ Membahaskan 10 Surah termasuk Al-Mulk, Al-Insan, Al-Buruj, 3 Qul dan lain-lain. 


✅ Setiap ayat disertakan terjemahan Bahasa Melayu. 


✅ Disertakan ringkasan inti sari ayat yang diambil daripada Tafsir Ibnu Kathir.  


✅ Ruangan kosong disediakan untuk catatan nota. 


✅ Setiap sesi disertakan dengan video syarahan tafsir oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.


✅ Buku berwarna penuh setiap halaman.


✅ Ringan dan saiz yang kecil, mudah dibawa ke mana-mana.

 

Sinopsis Buku 

Buku Diari Tadabbur : Bercinta Dengan Al-Quran merupakan sebuah buku kerja yang memuatkan 30 sesi tadabbur Al-Quran pimpinan Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang. 

Kandungan dalam buku ini, merangkumi perbahasan 11 buah surah yang sering dibaca didalam Al-Quran yang disusun mengikut hari bermula daripada hari pertama sehingga hari ke tiga puluh. 

Bermula dengan Surah Al-Mulk, Surah Al-Insan, Surah Nuh, Surah Al-Buruj, Surah Al-'ala, Ad-Duha, Surah An-Nasr, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan akhir sekali Surah An-Nas.

Setiap hari atau sesi akan membahaskan potongan ayat dengan membawakan tema tertentu yang pelbagai dan sudah pasti menarik untuk dihayati.

Penulis Buku Diari Tadabbur: Bercinta Dengan Al-Quran

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.


Biografi Ringkas Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Keluarga

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dilahirkan pada 20 Oktober 1947 bersamaan 6 Zulhijjah 1366 di Kampung Rusila, Marang, Terengganu. 

Beliau merupakan anak ke-5 daripada 9 orang beradik tetapi 4 daripadanya telah meninggal dunia.

Ayahanda beliau bernama Haji Awang Mohamad bin Abdul Rahman manakala bondanya bernama Hajjah Aminah Yusuf. Kedua-duanya telahpun meninggal dunia.

Ayah dan bonda beliau merupakan anak jati di Kampung Rusila yang kuat beragama. 

Semasa hayat ayahnya digelar Tok Guru di Kampung Rusila kerana sering menyampaikan dakwah juga merupakan aktivis politik Hizbul Muslimin Terengganu.

Begitu juga dengan bondanya yang menjadi tempat rujukan dan tumpuan masyarakat terutama dalam hal-hal berkaitan agama.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mendirikan rumah tangga dengan To' Puan Seri Hajah Zainab binti Awang Ngah pada tahun 1976. 

Manakala perkahwinan beliau yang kedua pada tahun 1991 dengan Dr. Norzita Taat. 

Hasil perkahwinan beliau dengan kedua-dua isterinya telah dikurniakan 14 orang cahaya mata iaitu 11 orang daripada isteri pertama dan 3 orang daripada isteri kedua.

Dalam keluarga yang lebih besar, beliau dikurniakan 11 orang menantu dan lebih 30 orang cucu.

Panggilan ‘Tuan Guru Haji Abdul Hadi’ mula menjadi popular di kalangan pengikut-pengikutnya dan para hadirin jemaah di Masjid Rusila. 

Manakala di kalangan murid-murid dan penyokong-penyokong yang rapat dengannya serta masyarakat kampung, dia lebih mesra pula dipanggil dengan panggilan ‘Ayah Cik’.

Pendidikan


Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendapat pendidikan awal daripada ayahnya sendiri pada tahun 1955.

Kemudian, beliau mendapat pendidikan secara formal di Sekolah Kebangsaan Rusila yang terletak tidak berapa jauh dari rumahnya. 

Seterusnya beliau menyambung pendidikan peringkat menengah di Sekolah Agama Marang, sebelum mengambil Sanawi di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Dari tahun 1965 hingga 1968, beliau mendapat peluang melanjutkan pengajian peringkat Sanawi di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. 

Di samping itu, beliau belajar agama, bahasa Arab serta politik daripada ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad bin Abdul Rahman.

Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah, di bawah pembiayaan Kerajaan Arab Saudi dengan sokongan daripada Naib Presiden Universiti Islam Madinah ketika itu, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz.

Setelah kira-kira empat tahun berada di Semenanjung Arab (1969-1973), beliau berjaya mendapat ijazah pertamanya dalam bidang Syariah Islam. 

Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir, dalam jurusan Siyasah Syar’iyyah (Sains Politik) dari tahun 1974 hingga 1976.

Bidang Politik


Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang merupakan seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu daripada Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang, Terengganu yang bertanding atas tiket PAS. 

Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Presiden PAS. Di peringkat kerajaan, beliau dipilih menjadi Duta Khas YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah Bertaraf Menteri dalam Kabinet Malaysia 2020.

Di peringkat antarabangsa, beliau merupakan mantan Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia. Beliau juga merupakan mantan Menteri Besar Terengganu (1999-2004)dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Terengganu

Beliau pernah menjadi Menteri Besar Terengganu dan telah disenaraikan salah seorang 500 muslim yang berpengaruh di dunia oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpangkalan di Amman, Jordan. 

Beliau telah diberikan pengiktirafan ini menerusi kategori Pendakwah & Pembimbing Rohani (Preachers & Spritual Guides) dalam keluaran The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims edisi 2016

Pendidikan Umat

Beliau sering menyampaikan kuliah agama dan ceramah di dalam dan luar negara. 

Kuliah mingguan yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila masih lagi berjalan sehingga kini setelah mengambil alih tugas menyampaikan kuliah oleh ayahanda beliau bermula tahun 1976.

Tidak cukup kuliah bulanan di Negeri Terengganu, Negeri lain seperti Selangor juga pernah menjemput beliau.

Pengisian ilmu di institusi pengajian tinggi dan platform massa juga sering kali dilaksanakan oleh Tuan Guru.

Selian itu beliau giat menulis bahan-bahan agama sama ada dalam bentuk buku, risalah, majalah dan sebagainya. 

Banyak syarikat penerbitan yang mengambil isi syarahan atau kuliah beliau untuk dijadikan buku untuk diterbitkan.

Salah satu buku beliau ialah Diari Tadabbur: Bercinta Dengan Al-Quran.

Isi Kandungan Buku Diari Tadabbur: Bercinta Dengan Al-Quran

Diari Tadabbur: Bercinta Dengan Al-Quran

Diari Tadabbur: Bercinta Dengan Al-Quran

Kesimpulan


Membaca Al-Quran sahaja sudah mendapat pahala bagi setiap perkataan. 

Inikan pula kalau kita menghayati isi kandungannya pula. 

Untuk mentadabbur Al-Quran perlulah menerusi guru yang alim.

Meskipun terdapat banyak terjemahan al-Quran yang boleh kita rujuk, namu kita tidak boleh sesuka hati memahami isi kandungan al-Quran dengan hanya membaca terjemahannya sahaja.

Ambillah peluang selagi ada ulamak yang sanggup menghabiskan masa, tenaga dan pemikirannya untuk membantu umat agar sentiasa berada dalam kebenaran.

Salah satunya dengan membaca menghayati isi kandungan Diari Tadabbur: Bercinta Dengan Al-Quran