Assalamualaikum.

Satu nikmat terbesar yang Allah SWT berikan kepada kita ialah otak yang mampu fikiran.

Dalam satu tulisan daripada laman web hello sehat menyatakan kepantasan otak manusia untuk menghantar informasi boleh mencapai 431km/jam.

Hebatkan otak kita. Itu baru satu sahaja. Ada banyak lagi kalau hendak disenaraikan.

Hari ini saya cuma ingin berkongsi tentang penggunaan otak kita dalam Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup.

Sama ada anda sedar atau tidak, kemapuan otak kita untuk berfikir secara kreatif idak bergantung pada keupayaan diri semata-mata.

Kajian mendapati mencetuskan idea yang kreatif datang daripada keupayaan diri, kesediaan pasukan, dan penerimaan pelanggan terhadap idea yang bertukar menjadi benar.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang seni berfikir kreatif untuk bisnes dan hidup, bacalah Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup.


Pengenalan Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup

Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup
Kaver Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup


Buku ini ditulis oleh dua orang penulis terkenal tanah air iaitu Pn Ainon Mohd dan Tuan Zamri Mohamad.

Diterbitkan oleh PTS Publishing House pada 25 Mac 2020. Ia boleh didapati secara fizikal mahupun digital.

Penulis menyatakan bahawa berfikir secara kreatif tidak diberikan penekanan sebagai sesuatu yang mesti dipelajari bagi meningkatkan potensi.

Sebagai contoh, kita dapat melihat, mempelajari proses berfikir ditekankan oleh ibu bapa ke atas bayi melalui latihan rangsangan deria. 

Anda sedia maklum, cabang berfikir yang tertentu kemudian diasah melalui silibus pendidikan. 

Tiba-tiba, proses berfikir tidak ditekankan sebagai cara survival hidup. 

Namun, situasi yang berlaku di dunia nyata ialah pandai-pandai sendirilah berfikir dan menyelesaikan masalah yang timbul. 

Bahkan ada sesetengah orang percaya proses berfikir secara kreatif dianggap bakat dan mereka yang terpilih sahaja mampu melakukannya. 

Akibatnya, ada yang berhenti mencari cara dan membiarkan diri mengikut keadaan semasa.

Bagi menjawab isu-isu yang dinyatakan tadi, dua orang penulis tersebut menghasilkan sebuah buku kecil untuk memberi idea dan menujukkan cara seni berfikir kreatif untuk bisnes dan hidup dalam buku ini.

Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup
Kaver belakang Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup

Penulis Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup


Penulis Pertama 


Ainon Mohd merupakan pengasas PTS Publications Distributors (kini media group). 

Beliau sendiri pengamal kemahiran berfikir yang sudah menulisa berpuluh-puluh buah buku. 

Selain itu, beliau juga merupakan pengasas Ainon Business School.

Penulis Kedua


Zamri Mohamad meletakkan jawatan makan gaji seawal usia 20-an dan sehingga kini hidup bermodalkan kemahiran befikir sejak 14 tahun lalu.

Idea beliau pernah tersenarai sebagai finalis kelompok 100 idea terbaik dalam pertandingan yang menawarkan hadiah UDD $1,000,000.

Isi Kandungan Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup


Bab 1: Mesyuarat Bisnes, Ramai Ahli, Satu Otak

Bab 2: Pecahkan dan Kamu Dapat

Bab 3: Dari Mana Datangnya Idea Hebat

Bab 4: Seni Berfikir Tanpa Menunggu Masalah

Bab 5: Adakah Pandai Berfikir akan Membunuh Kita?

Bab 6: Tanam Benih Idea pada Tempatnya

Bab 7: Kompas Fikiran sebagai Petunjuk

Bab 8: Kuatkan Prinsip Berfikir

Bab 9: Berfikir Kritis Tidak Mencipta Idea Baharu

Bab 10: Gaya Berfikir dalam Al-Quran

Bab 11: Apa yang Difikirkan Lelaki dan Perempuan

Bab 12: Bangunkan Skrip Komitmen Diri

Bab 13: Membesarkan Kemungkinan daripada Kebiasaan

Bab 14: Mengikat Malu Membina Yakin

Bab 15: Lihat Satu Per Satu dalam Enam Topi Berfikir

Bab 16: Memilih Satu Situasi yang Hendak Diselesaikan

Bab 17: Mengukur Kekuatan Idea yang Dicetuskan

Bab 18: Mengurus Lambakan dan Kebekuan Idea

Bab 19: Jangan Terlalu Tua Berfikir, Kitar, Gabung dan Bermain

Bab 20: Cipta Peluang dengan Soalan-Soalan Kekayaan

 

Contoh Isi Kandungan Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup

Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup
Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup

Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup
Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup

Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup
Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup

Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup
Buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup


Kesimpulan 

Saya sarankan anda membaca buku Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup terutamanya kepada mereka yang ingin dan yang sedang menjalankan bisnes.

Pemimpin organisasi juga disarankan agar membaca buku ini.

Banyak perkara yang anda boleh belajar daripada buku ini.

Umpamanya, anda ditunjukkan tentang anjakan pemikiran yang mewujudkan prinsip pemikiran yang membina dan berkembang serta fungsi berfikiran kritikal berbanding pemikiran kreatif. 

Kaedah pengukuran kekuatan sesebuah idea, kemahiran berfikir berdasarkan fitrah jantina dan cara menguruskan perbincangan produktif turut disentuh.

Setiap pendekatan berfikir mempunyai tujuan berbeza dan tidak boleh “dipukul rata” untuk semua keadaan.

Kemahiran berfikir juga bukanlah kemahiran memprotes pekerja terhadap majikan. 

Menurut penulis, belajar berfikir merupakan cara kira belajar membentuk persepsi yang menghasilkan kebijaksanaan.

Selain itu, penulis juga menerangkan tentang pikiran negatif.

Pemikiran negatif timbul disebabkan kesombongan yang boleh dikenal pasti dengan sikap suka mencari kesalahan orang lain.

Format susunan kandungan buku ini mudah diikuti dan dan nampak interaktif. 

Setiap bab didahului dengan rakaman realistik pengurusan bisnes seharian yang kemudiannya dijadikan bahan perbincangan lanjut.