Assalamualaikum.

Semua orang tahu bahawa Al-Quran ialah mukjizat Nabi Muhammad SAW yang hebat. 

Manfaat Al-Quran dapat dirasai oleh semua umat manusia sepanjang zaman.

Orang-orang beriman amat mencintai Al-Quran

Kelebihan membaca Al-Quran amat banyak sekali. Di sini kami senaraikan 20 Kelebihan membaca Al-Quran.

20 Kelebihan Membaca Al-Quran
20 Kelebihan Membaca Al-Quran

20 Kelebihan Membaca Al-Quran.

1. Membaca Al-Quran adalah ibadah yang utama dari segi bacaan.

2. Pahala membaca satu huruf daripada Al-Quran: Menurut Ibn Majah digandakan hingga 400 kali dan Ibn al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700kali

3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.

4. Mengikut Ibn Abbas ra, pembaca Al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak pupus.

5. Selamat daripada  api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.

6. Pada hari kiamat, al-Quran menjadi pembela.

7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga.

8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.

9. Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solihin

10. Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampun dosa mereka.

11. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.

12. Jika dibaca di dalam rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu

13. Membaca secara tadarus bergilir-gilir mendapat ketenangan, rahmat dan dikeliling oleh malaikat.

14. Pembaca yang mahir dan baik diutamakan  menjadi imam solat.

15. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran al-Quran.

16. Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat.

17. Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.

18. Mendapat perlindungan di padang Mahsyar nanti.

19. Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan.

20. Allah SWT mengangkat martabat golongan membaca Al-Quran.

Penutup

Senarai ini dirujuk daripada Buku Indahnya Hidup Bersyariat dan website Islamik. Semoga kita menjadi orang-orang yang suka membaca Al-Quran.

Untuk membaca Al-Quran kita perlu belajar bersungguh-sungguh, supaya bacaan kita tidak mengalami banyak kesalahan.

Setelah kita membaca Al-Quran, kita boleh belajar memahami terjamahannya pula.

Teruskan belajar kerana menjadi pelajar tidak pernah rugi.