Assalamualaikum
Bicara kita hari ini adalah berkenaan sebuah buku berjudul Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini)
Buku ini sudah lama diterbitkan oleh syarikat PTS iaitu tahun 2005.
Namun begitu, pada saya buku ini memag "evergreen" kerana sampai sekarang pemintaan pembaca terhadap buku ini masih lagi ada.
Penulis buku ialah Cik Puan Ainon Mohd yang cukup dikenali ramai oleh rakyat Malaysia.
Pengenalan Buku Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini)
Caver depan Buku Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini) |
Oleh kerana buku ini mendapat permintaan ramai, ia dikemas kini daripada segi bahasa dan susun atur bagi meningkatkan penampilan dan kualitinya.
Zaman sekarang memang mencabar.
Ramai rakyat terpaksa bangkit membina bisnes sendiri.
Untuk itu, buku ini memberi panduan dan tip kepada sesiapa sahaja yang berminat memulakan perniagaan sendiri.
Beberapa perkara menarik yang disentuh di dalam buku ini seperti bagaimana memilih calon isteri untuk usahawan, bagaimana memilih syarikat dan sektor bisnes, bagaimana memilih rakan kongsi dan bagaimana syarikat dirompak dan perkara baik yang membahayakan.
Secara umum, buku ini terdiri daripada 11 bahagian kesemuanya.
Bermula daripada sebelum memulakan bisnes sendiri, mitos dalam dunia bisnes, memilih syarikat, sektor bisnes, perkara baik yang membahayakan dalam bisnes, motivasi memulakan bisnes, latarbelakang usahawan baru, politik dan usahawan, memilih rakan kongsi, bagaimana syarikat dirompak, perniagaan gerai dan restoran dan akhir sekali gol sebagai senjata kejayaan.
Untuk melihat isi kandungan yang lebih terperinci dalam Buku Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini) boleh lihat di bawah ini.
Isi Kandungan Buku Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini)
Bahagian 1: Sebelum Memulakan Bisnes SendiriKisah Benar Seorang JutawanBakat BisnesCalon Isteri untuk Calon UsahawanHalangan KeluargaRekod Sebelum BerniagaMenyediakan Anak Menjadi UsahawanBiasiswa dan BisnesBahagian 2: Mitos dalam Dunia BisnesUsahawan, Cinta dan SeksFormula Berjaya dalam BisnesOrang Bisnes dan RisikoPandai BersaingBisnes Part-TimeSemua Orang BolehImej Penting untuk BisnesPelanggan KayaUsahawan Cina Bunuh MelayuBerniaga dengan KeluargaJurujual Hanya bagi Bisnes BesarBahagian 3: Memilih Syarikat dan Sektor BisnesMemilih Jenis SyarikatMencari Nama SyarikatMemilih Jenis BisnesBisnes PengeluaranBisnes BerdagangBisnes PerkhidmatanMulakan Secara Kecil-kecilanBahagian 4: Perkara Baik yang MembahayakanDuit BanyakBisnes Terlampau BaikBisnes Terlalu LakuBahagian 5: Motivasi Memulakan BisnesApa Sebab Hendak BerniagaPandai Membuat ProdukMenyelesaikan Masalah KewanganHendak Menjadi JutawanPeluang Mendapat BisnesMempunyai Modal BerniagaBerniaga Sebab Diajak BerniagaBahagian 6: Latar Belakang Usahawan Baru‘Orang Pandai’ Memulakan BisnesPekerja ‘Cemerlang’ Membuat BisnesOrang Korporat Membuka BisnesLulusan Luar Negara Membuka BisnesIsteri Orang Kaya Mahu BerniagaAnak Orang Kaya Mahu BerniagaBahagian 7: Politik dan UsahawanBerkawan dengan Orang PolitikBantuan Orang PolitikAiskrim Orang PolitikBahagian 8: Memilih Rakan KongsiMencari Rakan KongsiMemilih Rakan KongsiDua Rakan KongsiRakan Kongsi RM1Rakan Kongsi Tanpa ModalRakan Kongsi TidurRakan Kongsi Suami IsteriMajikan Sebagai Rakan KongsiRakan Kongsi Nasi PadangBercerai dengan Rakan KongsiBahagian 9: Bagaimana Syarikat DirompakDirompak oleh Rakan Kongsi SendiriDirompak oleh Pengerusi SendiriDirompak oleh Kakitangan SendiriDirompak oleh Konsultan SendiriMerompak Syarikat SendiriBahagian 10: Perniagaan Gerai dan RestoranMembuka Kedai MakanKalah BersaingMenjaga PembekalMenolong Jiran NiagaMemilih Kedudukan GeraiT.V, Radio dan Anak-anakMeja Restoran CinaPinggan Restoran CinaPinggan Restoran Nasi PadangBahagian 11: Gol Sebagai Senjata KejayaanGol Sebagai Senjata Kejayaan
Isi kandungan Buku Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini) |
Contoh Isi Kandungan Buku Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini)
Di bawah ini adalah contoh isi kandungan buku Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini)
dalam bentuk gambar.
Buku Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini) |
Buku Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini) |
Beberapa Komen Tentang Buku Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini)
Di bawah ini merupakan sebahagian kecil komen-komen positif tentang Buku Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini).
Jika anda mahu melihat komen-komen lain tentang buku ini boleh lihat di sini >> Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini).
Komen-komen positif tentang Buku Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini) |
Komen-komen tentang buku Buku Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini) |
Kesimpulan
Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya masa kini mengalami cabaran dan tekanan dalam mencari sumber rezeki.
Kesan pendemik covid 19 memberi kesan yang begitu hebat kepada kita terutama dalam mendapatkan pendapatan.
Lantaran itu, ramai yang cuba mencari jalan untuk memulakan bisnes sendiri kerana melihat usahawan-usahawan yang kaya-raya kerana menjalankan bisnes sendiri.
Namun begitu, cabaran dalam menjalankan bisnes sendiri bukanlah biasa-biasa.
Kajian menujukkan peratus orang yang berjaya dalam bisnes terlalu rendah berbanding dengan orang yang tidak berjaya.
Oleh itu, bagi yang ingin memulakan bisnes sendiri perlu baca buku ini kerana penulis cuba menerangkan kepada calon-calon yang ingin memulakan bisnes dari dua segi iaitu positif dan negatif.
Penulis tidak menerangkan tentang kejayaan orang yang berjaya dalam bisnes sahaja tetapi penulis menerangkan masalah yang pernah terjadi bagi orang yang menjalankan bisnes.
Apabila calon-calon yang berhasrat untuk memulakan bisnes sendiri tahu masalah-masalah yang dihadapi oleh usahawan-usahawan sebelum ini, maka mereka akan lebih bersedia.
Akhir kata, buku Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini) memang bagus dibaca oleh semua peringkat umur terutamanya yang ingin memulakan bisnes sendiri.
0 Comments
Catat Ulasan