Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera..

Sekejap sahaja masa berlalu..

Tengok kalender hari ni.. Sudah seminggu ramadhan berlalu..

Bila dikira-kira semula. Ini merupakan ramadhan ketiga aku berada dibumi kelantan sebagai seorang perantau. 

Bila diceritakan tentang perasaan seorang perautau. Macam-macam perasaan sehingga tidak tahu macam mana nak luahkan,

Setiap kali hari pertama berpuasa. Otak asik menunjukkan sesi ulang tayang. Mak dan abah di kampung. 


Selepas itu mulalah air mata nak keluar... 

Sebagai anak bongsu yang sangat manja.. Bila tiada mak dan abah disisi. Mulalah sebak tidak kena tempat. Tambahan pula angah a.k.a saljuhumairah.com ada membuat entri tentang mak, abah dan kampung. Cukup memberi impak kepada hati ini.

Nak tengok entri tersebut sila klik SINI

Tak sampai setengah perenggan membaca entri angah. Sekali lagi air mata ini mengalir laju. Sudah la ketika itu masih berada di uitm. Akhirnya, punat lenovo aku tekan. Tak mampu nak habiskan bacaan. Hanya berkira-kira untuk menyambung bacaan di rumah. Boleh melepaskan tangisan dengan lebih puas.

Terima kasih angah sebab kembalikan nostalgia di zaman kanak-kanak. Walaupun hanya di dalam bentuk penceritaan. Tapi ia cukup membuatkan hati ini tersentuh. 

Semoga puasa kali ini membawa berjuta-juta rahmat kepada kita. Tingkatkan amal ibadah bersama.