Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Detik..

demi..

detik 

meninggalkan kita..

tanpa menunggu walaupun hanya satu saat..

sedar tidak sedar.. 

ramadhan kian melabuhkan tirai..

masih cukupkah amalan kita ketika ini?

Terasa baru semalam pengumuman puasa di umumkan..

Mahu tidak mahu perjalanan hidup tetap harus di teruskan...

Semoga Ramadhan tahun hadapan menjadi milik kita lagi. 

Terasa berat di hati untuk meninggalkan ramadhan yang penuh dengan barakah. 

Bulan ramadhan kali ini untuk saya, setiap hari dipenuhi dengan assignment yang tidak pernah lelah menghulurkan diri. hihi..

Satu persatu assignment alhamdulillah dapat di siapkan. Walaupun masih ada saki baki yang akan disambung selepas raya. 

Kerana itulah sudah lama diri ini tidak menjengah ke blog notainsan. Kesibukan sebagai seorang pelajar terpaksa mengabaikan blog yang tersayang ini. 

Adat sebagai seorang pelajar yang sentiasa dipenuhi dengan kerja-kerja. Alhamdulillah semoga saya diberikan kekuatan untuk menempuhinya.

Kurang dari 5hari umat islam akan berhari raya. 

Baju raya sudah beli ke?

Kuih raya tunjuk ke atau buatan sendiri?

Walau bagaimana pun cara persiapan kita untuk menyambut hari yang mulia itu, di harap jangan dilupa pada yang susah. 

Bersederhana itu penting untuk mendapat keberkatan di hari raya

Oleh itu, saya sebagai pemilik notainsan ini ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada mereka yang telah datang ke blog ini. 

Doa kan dipermudahkan dan selamat saya pulang ke kampung. Anak Perantau kali kedua.  Kelantan-Perak
  
Jangan Lupa Doa untuk Gaza...
 Pray For Gaza