Teduhan Kasih..
Saya baru sahaja berkesempatan membaca novel Teduhan kasih.
Bagi pendapat saya. Saya lebih suka membaca novelnya dari melihat Drama yang disiarkan di slot akasia baru-baru ini.
Biasalah cita rasa orang lain-lain. Mungkin sesetengah orang lebih suka melihat Dramanya dari pada novel. Mungkin ada juga sebaliknya.
Novel yang bertajuk Teduhan Kasih ini telah di karang oleh Novelis yang bernama Marissa. Terbitan oleh Karya Seni.
Novel ini adalah novel yang ke 40 dari koleksi novel simpanan peribadi saya.
Bahagian hadapan Novel Teduhan Kasih
Sinopsis Dari Novel
TIBA-TIBA DIA HADIR, KEMUDIAN DIA ADA...
Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL
Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat
Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini.
Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak. Dan ketika aku
merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal
aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu.
Sekali gus meletakkan
aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.
Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini.
Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga.
Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.
Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku
cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang.
Inikan pula dia, lelaki
yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor.
Kelak akan adakah
bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami
menumpang teduh.
0 Comments
Catat Ulasan