Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..
Malam ni jom pakat tengok pengumuman Puasa hehe. Tidak sangka pejam celik pejam celik sudah nak puasa pula. Masa bagai berlalu dengan sepantas kilat tanpa di sedari. Umur kian berganjak hari demi hari.
Bulan puasa ini adalah bulan puasa yang pertama berjauhan dengan keluarga. Seumur hidup tidak pernah sekali pun berpuasa tanpa dengan keluarga.
Perasaan ini sangat sedih. Mana tidaknya sebelum-sebelum ini apabila bersahur. Mak pasti akan memangil "Adik bangun cepat!!" kadang-kadang abah "Adik cepat bangun dah pukul 5lebih ni"
Rutin pagi tengok mak dengan kitab-kitabnya sibuk nak tambah amal ibadah di bulan yang mulia ini. Berginjak ke pukul 3Petang mak sudah sibuk memikirkan masakkan hari itu serta kuih yang akan di buat dan memulakan masakkkannya.
Waktu berbuka kami sekeluarga ala kadar sahaja. Seperti biasa kurma mesti wajibkan.
Masih tidak lekang dari ingatan lagi puasa dengan along angah akak semasa mereka belum berkahwin.
Along mengambil sebijik kurma serta air dan terus ke surau untuk mengalunkan azan magrib. Angah pula peminat setia bubur nasi dan hanya mengambil sejemput nasi untuk di makan. Akak pula nasinya penuh satu pinggan. hehe. Ragam adik beradik yang sukar di lupakan.
Abah pula pasti akan cuba habiskan makanan yang masih bersisa. Mak hanya makan sedikit kerana selepas solat mak akan kembali makan semula hehe. Selepas makan kami sekeluarga akan berborak Abah pasti akan bercerita tentang kisah-kisah teladan kepada kami sekeluarga dan solat berjemaah.
Sekarang ini seperti tergiang-giang suara abah dan along di speaker surau. Mereka berdua kadang-kadang berganti mengambil tempat bilal dan imam. Puasa tahun lepas Sebulan abah jadi bilal. Sehinggakan masa raya suara abah tiada. Terlalu rindu.. nak dengar suara abah menjadi bilal.
Apa boleh buat semua ini terpaksa di harungi dengan tabah..
Dikesempatan ini Notainsan ingin mengucapkan selamat Berpuasa... Tingkatkan amal ibadah di bulan yang penuh dengan barakah ini.. bulan untuk manusia mengauk pahala yang berlipat ganda...
personal
4 Comments
Artikel yang menarik jiwa
BalasPadamterima kasih
PadamMoga Success Duniawi/Ukhrawi :)
BalasPadamaminnnnn terima kasih
PadamCatat Ulasan