Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya ini menerangkan satu lagi amalan setelah bangun tidur adalah menghembuskan air dari hidung setelah menyedutnya.

Beristinthar Selepas Bangun Tidur

Beristinthar merupakan perbuatan menghembuskan air melalui hidung setelah menyedutnya.
Rasulullah S A W bersabda yang bermaksud : "apabila seorang antara kalian bangun tidur, maka berwuduklah dan kemudian beristintharlah sebanyak tiga kali kerana syaitan bermalam di batang hidungnya." (Riwayat al-Bukhari)

Hikmah Beristinthar 

Hikmah daripada amalan ini boleh dirujuk kembali kepada terjemahan Hadith yang dinyatakan di atas iaitu hidung kita boleh menjadi tempat syaitan bermalam. Ada baiknya kita bersihkan hidung kita.

Selain itu, saya rasa amalan ini dapat membersihkan hidung kita yang kadang-kadang terperangkap pelbagai debu-debu halus tanpa kita sedari.

Amalkan Sunnah Rasulullah SAW

Segala sunnah Rasulullah SAW ini mempunyai hikmah yang amat berharga. Tidak rugi kita mengamalkannya.  Manfaatnya akan kembali kepada kepada diri kita sendiri sebenarnya. Jika tidak di dunia di akhirat nanti.

Moga-moga perkongsian ini bermanfaat kepada saya dan anda semua.