Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera...

Sedar tak sedar, saya sudah mempunyai empat orang anak saudara dan bakal menerima dua orang lagi anak saudara. 

Muhammad Nasih 'Ulwan dan Muhammad Thaqif Thamin dua orang cahaya mata along (Faizal "Notamengajarbelajar.blogspot.com")

Husna Umaira puteri sulong angah (Hishamudin"Saljuhumairah.blogspot.com") dan bakal menerima adiknya

Nur Alya Haziqah pula anak pertama kakak(Nor Hafizah) serta bakal mendapat seorang lagi cahaya mata. 

Wah..Terujanya saya. Sungguh tidak sangka Sudah makin berkembanglah keluarga besar Mohamad TwonTawi. 

Oleh itu, hari ini saya mahu kongsikan perkara penting kepada mereka yang bakal menerima cahaya mata.


Syariat Kelahiran

Syariat Kelahiran iaitu azan dan iqamat, tahnik, memberikan nama yang baik, akikah dan bercukur rambut, dan berkhitan
 

Azan dan Iqamat

* Azan dilaungkan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri bayi.
* Rahsia Azan dan Iqamat
  • kalimah-kalimah memuji kebesaran ilahi yang disifatkan sebagai ucapan pertama yang meresap ke dalam hati sanubari insan yang baru lahir.
  • Satu pernyataan syariat islam yang berperanan mendahului dakwah syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat.