Beberapa hari lepas saya dan kak ngah serta si comel husna umaira telah berpeluang pergi ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra untuk menjemput angah yang baru pulang dari sabah.
Pada mulanya kak ngah teragak-agak untuk pergi ke sana ye lah boleh tahan juga jauhnya Machang ke lapangan terbang tersebut. Dan husna pula tidak mahu duduk dengan maksunya. Mungkin saya tidak pandai mengambil hati budak-budak kot. Sabar je la.
Lagi pula kak ngah tidak tahu jalan untuk ke lapangan terbang tersebut. Selamat...angah telah berikan peta untuk kesana sebagai rujukkan (untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Jalan Pengkalan Chepa Kota Bharu sila klik saljuhumairah)
Oleh kerana kerinduan yang tidak tertahan dari seorang isteri serta anak. Kak ngah nekad untuk pergi juga. Dengan hanya bertawakal serta berserah semuanya kepada Allah dalam lingkungan pukul 6 lebih. Kami bertiga memulakan perjalanan.
Kereta myvi meluncur laju keluar daripada pagar UITM Machang memecah kesibukan petang khamis. Pada mulanya husna hanya duduk diam di kerusi yang telah di khaskan untuknya di sebelah kak ngah. Saya di belakang hanya memerhati tingkah laku husna yang asik melihat kartun kegemarannya upin dan ipin.
Kak ngah berhenti solat di Ketereh. Mujur husna masih tidak mengamuk. Pasti dia memahami apa yang sedang berlaku. Kak ngah tenang menyusuri jalan yang agak sibuk kerana hari tersebut merupakan hari cuti sempena sambutan maulidur rasul.
Oleh kerana kami tiba di Kota Baharu dalam lingkungan pukul 8 lebih. Kak ngah mengambil keputusan untuk berhenti sebentar di KB Mall. Mengikut angah flight dia akan tiba pada pukul 10.45. Masih terlalu awal untuk kesana.
Kami berjalan ke seluruh KB Mall. Apabila sudah lama mencuci mata kami terus pergi ke ruang makan di KB Mall tersebut bagi mengisi perut yang kosong. Saya dan kak ngah memilih menu yang sama iaitu nasi ayam.
Sambil makan memori beberapa tahun lepas menyingah kembali. Saya pernah ke sini dan makan di tempat yang sama bersama keluarga.
Tepat pukul 9.45 kak ngah meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Husna agak kebosanan, dia mula menunjukkan tingkah laku memprotes. Setelah membuka video kegemarannya di telefon bimbit samsung kak ngah .Dia kembali senyap.
Kami tiba awal dari flight angah. Kak ngah menunggu setia sambil melayan kerenah husna yang kelihatan teruja melihat pintu yang terbuka sendiri.
kuanter firefly
Terpaksa naik tangga untuk ke tandas hehe..
Sedang saya menunggu di tempat menunggu ketibaan. Seorang makcik bertanyakan soalan kepada saya. Entah apa soalan saya pun tidak tahu. Almaklumlah saya tidak paham sepatah pun bahasa kelantan.
Dah tu pula saya baru pertama kali datang di sini sememangnya seperti rusa masuk kampung. Kecian la pula dengan makcik tersebut seakan-akan tidak puas hati.
Apa boleh buat saya hanya terdiam sahaja. Hanya sebaris ayat sahaja yang mampu saya kata kan "Maafkan saya Makcik"
Sebaik sahaja makcik tersebut beredar saya terus mengikuti kak ngah yang sedang asik melayan kerenah husna yang tidak habis-habis.Saya tahu kak ngah sudah tidak sabar lagi untuk berjumpa dengan suaminya.
Akhirnya Airasia telah menunaikan janji manisnya tepat pukul 10.45 malam kelibat angah sudah kelihatan. Terlalu ramai orang di tempat menunggu ketibaan.
Kami terpaksa berasak-asak untuk berjumpa dengan angah. Orang yang paling gembira adalah kak ngahlah.
Sedang menunggu angah menunaikan solat isyak..
1 Comments
suatu pengalaman yang berharga perlu dijadikan panduan. Harganya tidak ternilai dan tikdak mampu kita membeli pengalan tersebut.
BalasPadamCatat Ulasan